Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dari Myanmar

Michelle Yeoh

Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dari Myanmar

Bintang Hollywood, Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dan di senarai hitamkan oleh negara Myanmar. Menurut sumber, Datuk Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.

”Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Datuk Michelle Yeoh terus diusir dan tidak dibenarkan lagi untuk masuk ke negara itu,” kata sumber itu yang merahsiakan identitinya kepada pemberita.

”Pelakon itu sudah di senarai hitamkan di negara ini,” kata sumber kedua pula. Bagaimanapun, sebab-sebab pihak Myanmar bertindak sedemikian terhadap pelakon itu tidak dijelaskan.

Datuk Michelle Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Pada Disember tahun lalu, Datuk Michelle Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi di rumah pemenang Anugerah Nobel Keamanan di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand.

Dalam filem berkenaan, Datuk Michelle Yeoh pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Suu Kyi yang menunjukkan perjuangan tokoh dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun ini.

Datuk Michelle Yeoh adalah bekas ratu cantik Malaysia itu mula dikenali apabila membintangi filem James Bond pada tahun 1997 dan mencipta nama melalui filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga Memoirs of Geisha.

Source dari yahoo.news mengenai Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dari Myanmar. [fgallery id=4 w=500 h=385 t=0 title=”Datuk Michelle Yeoh”]

851 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    ek eleh… bengang jer… aku baca.. sampai macam tuh ek..

  2. akubiomed says:

    Ada terbaca semalam mengenai berita ini. Sensitif betul kerajaan Myanmar ini

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top