Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu KM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwahyarhamah Datin Orkid Abdullah, di atas pemergian Datin Orkid Abdullah ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah Amin….

Bulan nie kita dah kehilangan 2 orang insan seni yang mewarnai persada seni tanah air.

Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini tengah hari tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan lagu “Penawar Rindu” ketika era 1960-an dan 1970-an meninggal dunia kira-kira 12.40 tengah hari, lapor Berita Harian Online.

Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia

Laporan media menyebut penyanyi itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil sejak tiga tahun lalu.

Ketika aktif menyanyi, Orchid Abdullah merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Penyanyi kacukan Arab dan Inggeris ini sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Coasters.

Sebelum bergelar artis ternama, Allahyarham Orchid Abdullah merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing.

Bakat dan minat tersebut bagaimanapun tidak pernah menghalang Orchid Abdullah aktif dalam kerja-kerja kesenian khususunya ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah Maktab Perguruan di Johor.

Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Orchid Abdullah ialah Ikatan Janji (bersama M. Fadhil & Les Coasters), Penawar Rindu, Carilah Ganti, Idaman Dara, Harapan Ku Hampa, Kau Menghilang, Pesan-Ku, Harapan Bangsa, Gerak Maju, Seruan Kasih dan Muda Mudi

Allahyarham Orchid Abdullah juga pernah menerima anugerah Seniman Veteran pada Bintang Popular Berita Harian 2003.

Tribute Lagu Penawar Rindu : [audio:Orchid_Abdullah_Penawar_Rindu.mp3]

– The Malaysian Insider

AL-FATIHAH

Wikipidea : Orchid Abdullah

Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia

1,262 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Sabahan Bloggers Club says:

    Salam Kenal.
    Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarganya.
    Sabahan Bloggers Club recently posted…Simple SEO tips for blogspot newbiesMy Profile

  2. akubiomed says:

    Al Fatihah. Moga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
    akubiomed recently posted…Cokelat Daim Palau LangkawiMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top