Dari Lukut Ke Nilai 3

Nilai 3

Beli Belah Di Nilai 3.

Lewat sikit post hari ini. Minggu ini KM sibuk sikit. Esok kat rumah ada buat Majlis cukur jambul Qaisy Qusyairi anak buah KM. Jadi Pak Long eh nie kena sponsor cenderahati untuk tetamu yang datang.

Tempat yang paling dekat untuk beli barang-barang cenderahati adalah di Nilai 3. Nilai 3 yang popular dengan barang-barang yang murah, murah ke?. Pandai tawar menawar untunglah kot.

Sabtu lepas, KM ditemani oleh Omak, besan eh, serta abg Kak Bell, kami ikut jalan Lukut – Sendayan untuk ke Nilai 3. Sebelum tue kami singgah sebentar mengisi perut di Marry Brown Sendayan. Lama tak masuk Marry Brown. KM pekena nasi ayam.

Marry Brown

Nasi Ayam Ada Papadom Laie...

Bubur Nasi Marry Brown

Mee Kari

Ayam Goreng eh pun boleh tahan gak...

Dari Sendayan kami memasuki jalan labu menuju ke Nilai 3. KM baru perasan buah labu nie kat tepi jalan. Dulu takde. Mungkin KM dah lama tak ikut jalan nie.

Pekan Labu Dan Buah Labu.

Sampai di Nilai 3. KM singgah di kilang carpet nie. Belum masuk laie, KM ditegur oleh seorang pekerja bangla disitu.

“Encik sini tak boleh ambil gambar”.

Mungkin dia nampak KM sandang kamera tue yang kena tegur tue. Hai ambik gambar pun tak boleh rupanya dalam kilang nie. KM pun jawablah.

“You ada nampak i ambik gambar ka?”. “Apasal, takut nanti orang curi carpet punye pattern ka”.

Dia jawab. “Jangan marah abang saya cakap jugak”.

Tak lama dalam tue. Panas bukan main lagi. Masa keluar tue sempat ambik gambar signboard aje. Jadilah….

Beli Cenderahati Di Nilai 3.

Oleh kerana motif ke Nilai 3 nie semata-mata nak beli cenderahati. Jadi KM hanya pergi 1 kedai aje. Kedai ini memang cukup popular dikalangan bakal-bakal pengantin untuk membeli barang hantaran dan sebagainya. Semuanya ada. Kedai yang KM maksudkan ialah THANK Q. Apa yang KM beli.!!!. Nanti KM masukkan gambar dalam post majlis cukur jambul anak buah KM ok.

Gambar diatas KM ambil semasa minum air kelapa pandan. Besar kedainya kan.

KM nasihatkan kepada yang nak membeli-belah kat Nilai 3, jangan bawak anak. Serius KM tak jumpa pun budak-budak dalam nie. Bukan ape takut parent asyik sangat dok membelek-belek barang dalam nie, terlupa pulak anak kat mana.

Tak taulah bila datang laie. Selamat tinggal Nilai 3

Link Post Ini : Dari Lukut Ke Nilai 3

65 total views, 1 views today

Tags: , , , , , , ,

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @aanie : Sama-sama

  2. aanie says:

    tq singgah blog sy….
    rupanya masa sy google pun jumpa gak blog ni…hehe…thanx ye…
    aanie recently posted…Plan cuti sekolah……..shopping!!!!!My Profile

  3. titan
    Twitter:
    says:

    aii..rasa lapar la pulakk..
    titan recently posted…KLserver.net – Hosting kacak idaman semuaMy Profile

  4. akubiomed says:

    Belum pernah sampai Nilai 3 ini walaupun ramai yang kata harga murah disini.
    akubiomed recently posted…Perasaan pertama kali menjadi BabahMy Profile

  5. rahman says:

    KM.. dengar citer ada satu kodai sup dekat nilai 3,dengar citer puah palih sodap ehhh.. nama kodai sup berdengung, belum try lagi…kalau ado masa teringin jugak nak try.. km dah try ker
    rahman recently posted…Pemansuhan tol batu 9 lebuh raya Cheras Kajang satu kelegaanMy Profile

  6. jasman says:

    wah KM shoping bebenor ye…hehe

    raso eh lopeh siap la umah yg tongak renovate ni…nak poie nilai 3 nak shoping kain…tp bawak omak la…ase mano tahu apo2 pasal kain…hehe
    jasman recently posted…Perubahan…!!!My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top