Dari Lukut Ke Cameron Highland.

Cameron Highland

Assalammualaikum, KM sekali lagi ke Cameron Highland. Perancangan awalnya KM nak ikut keluarga Kak Bell (adik ipar KM) ke kenduri kahwin di Perak pada hari Sabtu. Kemudian dari Perak barulah ke Cameron Highland. Jadi kami akan bertolak pada hari Jumaat dalam pukul 11.00 malam. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, rancangan nak kenduri kahwin terpaksa dibatalkan.

Percutian Ke Cameron Highland Diteruskan.

Jadi setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk meneruskan juga rancangan bercuti ke Cameron Highland. Jadi kami bertolak ke Cameron Highland pada hari Sabtu 26 Mei 2012 selepas subuh. Adik KM, suami Kak Bell pun dah sewa van. Kalau sebelum nie KM ke Cameron Highland sorang, kali nie KM dengan Omak yang join. Savelah sikit tong-tong. Kalau bawak kereta sendiri mau rabak jugak. Almaklumlahkan dah hujung-hujung bulan nie.

R&R Tapah masa berhenti sarapan.

Jadi kali nie 1 van dan 2 biji kereta. Hurmmm penuh. Kami bertolak dari Lukut ikut jalan highway KLIA dan berhenti di R&R Tapah pada pukul 8.30 pagi untuk sarapan pagi. Omak KM siap bawak bekal lagi. Mee goreng lada hitam. Selepas sarapan kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.

Perjalanan Ke Cameron Highland Bermula.

Bermulalah perjalanan menempuh jalan bengkang-bengkok ke Cameron Highland. Sesekali terasa kepala macam berpusing pulak. Nak mabuklah tue. Masa pergi Cameron Highland dulu ikut jalan Pulai dan balik ikut Tapah. Kali nie pergi dan balik ikut Tapah. Masak….

Bak kata orang kalau buat sesuatu tanpa dirancang memang kelam-kabut jadinya. Apa dah jadi?. Masalahnya adalah hotel belum booking pun. Haa macam mana tue. Nak tidur mana malam nie. Kami sampai di Tanah Rata pada pukul 11.30 pagi. Tak terasa sejuk sangat pun. Bermulalah kerja-kerja mencari hotel dan apartment. Semuanya dah penuh. Mana tidaknya cuti sekolahkan. KM perhatikan ramai jugak orang bercuti kali nie di Cameron Highland. Penat mencari hotel dan aparment tak dapat, kami berhenti makan tengahhari dulu.

Seperti apa yang KM beritahu dahulu, kalau nak makan di Cameron Highland nie kena pandai cari kedai makan. Kalau tidak memang kena bayar mahallah. KM makan 2 orang dengan Omak KM kena RM23 hinggit. Mencokik darah amek. Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Kami singgah di kedai-kedai jual barang-barang cenderahati dan baju. Masa nielah Kab Bell bertanya dengan pekerja kedai tersebut kot-kot ada hotel atau apartment yang kosong. Alhamdulliah, kami dapat sebuah rumah 2 tingkat yang memang disewakan kepada pelancong yang berkunjung ke Cameron Highland. Untuk 1 malam RM400. Bahagi dengan beberapa orang dewasa termasuk KM. Jadi jatuhnya RM15 satu kepala.

Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Kami berehat dirumah sewa untuk hilangkan penat. Besar juga rumahnya. Ada 4 bilik tidur, 3 toilet, dan dapur. Rasa macam kat rumah sendiri pulak. Cuaca agak mendung kat Tanah Rata nie. Dalam rumah terasa jugak kesejukannya. Pukul 6.30 petang kami menuju ke pasar malam Brinchang Cameron Highland. Seperti dulu juga jalan jammed. Kali nie jalan diubah pulak. Kami terpaksa ikut juga jalan tersebut. Sepanjang jalan ke pasar malam tue, banyak kereta tersadai di tengah dan tepi jalan. Apa pulak masalahnya. Rupanya masalah clutch berasap. Mana tidaknya asyik main clutch 1 dan 2 aje. Nasib baik van yang adik KM sewa tue auto. Kalau tidak tak taulah apa akan berlaku. Jalan memang jammed gila. Jadi selepas beli makanan dan apa yang patut, pukul 8.30 malam kami balik semula ke rumah sewa untuk makan malam. Tak keluar lagi dah semua berehat aje kat rumah sewa. Budak-budak pun dah melentuk-lentuk mengantuk. Apa lagi tidur timelah.

Esoknya semua dah berkemas-kemas. Yang mandi pergi mandi. Nasib baik ada water heater. Tidur malam bukan main sejuk lagi. Semua dah siap, kunci rumah dah serahkan semula kepada tuannya. Kami keluar meninggakan rumah sewa untuk sarapan pagi.

Kami sarapan kat area pasar tani di Tanah Rata, Cameron Highland. Selepas sarapan ahli keluarga yang belum membeli cenderahati survey dari kedai ke kedai mencari benda yang berkenan kek mata. Yang KM nampak key chain, baju-baju, bantai strawberry, payung, asam-asam dan patung.

Selepas tue kami mula menjelajah tanah rata. Kali nie kami pergi tempat yang tak pernah pergi lagi di Cameron Highland. Tema tetap sama “strawberry” walaupun berlainan tempat. Kali nie atas bukit yang tinggi. Fuuhh…mencungap dibuatnya. Lebih kurang 1 jam jugak kami kat situ. Kemudian kami bergerak ke ladang lebah. Sempat juga KM beli 1 botol besar madu.

Lebah dok menghisap madu

Tokey madu sedang promote madu.

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Kami pun menyusur keluar dari Tanah Rata untuk balik. Singgah jap kat Lata Iskandar untuk beli minuman dan makanan untuk alas perut. Kami ikut jalan lama untuk balik. Tak masuk highway kali nie. Sampai di Behrang pukul 6.30pm. Singgah makan di Restoran Kopi Tanjung. Selesai makan kami masuk highway bertolak balik ke Lukut. Kali nie ikut Sungai Besi. Sampai rumah pukul 9.30pm. Alhamdullilah selamat sampai rumah. Letih betul badan rasanya.

Pssst :  Nak cuba dapatkan hotel nie yang berdepan dengan tapak Pasar Malam Brinchang bila datang bercuti lagi ke Cameron Highland.

 


2,146 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

10 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @akubiomed : Iyo kali nie memang main redah aje. Sebab musim cuti sekolah memang susah nak dapat apartment or hotel kosong. Tapi alhamdulilah dapat jugak.

  2. akubiomed says:

    Berani bro KM main redah. Nasib baik ada rumah untuk disewa.
    akubiomed recently posted…Wordless Wednesday – # naik pelaminMy Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    @rahman : Memang dah rancang nak beli madu nie. Memang elok untuk kesihatan.

  4. Kamal Mustafa says:

    @LangkawiHomestay : Harus pergi tue…

  5. LangkawiHomestay says:

    bestnya..ade peluang leh juga pi nnt 🙂

  6. rahman says:

    madu asli.. banyak khasiat tu bro 🙂
    rahman recently posted…Makan malam di Restoran Aroma Ikan Bakar Pantai JeramMy Profile

  7. Kamal Mustafa says:

    @jajas : Boleh poie dah tue, sekali pun jadilah yo tak!!

  8. jajas says:

    xpenah sampai sana lagi…tp teringin nak pegi…
    jajas recently posted…Kau Ni Spesis Cakap Belakang…!!!My Profile

  9. Kamal Mustafa says:

    @Jebeng Otai : lebih kurang macam tuelah. Besar jugak rmhnya.

  10. rumah tu mcm homestay ker??
    Jebeng Otai™ recently posted…Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top