Chicken Chop Parmesan.

Chicken Chop ParmesanHari Sabtu hari tue terlanjur KM dan Omak ke Senawang rumah adik KM, kami sempat singgah ke Giant Senawang. Sambil omak boli lauk untuk stok seminggu KM cakap dengan Omak.

“Sok kito makan chicken choplah mak iyo”. Omak KM jawab “buleh iyo”

Maka bermulalah acara mencari bahan-bahan untuk membuat Chicken Chop Parmesan.

Nak buek Chicken Chop Parmesan nie sonang ajo.

Bahan-Bahan Salut Untuk Ayam

– Daging ayam ( Diketuk-ketuk bagi leper)

– Tepung goreng ayam (Tidak kisah apa jenis pun)

– Telur (3 biji – dipukul dengan 2 sudu air)

– Serbuk roti (Secukupnya)

– Parmesan Chese (1 paket, ado jual kek Giant, Siap berparut laie)

Bahan-Bahan Untuk Kuah Black Pepper.

– 1 tin sup cendawan campbell

– 1 kiub ayam

– 1 labu bawang putih (dicincang)

– 150gm Lada hitam (ditumbuk kasar)

– Kicap kipas udang (lemak manis)

– Air

Bahan-bahan lain untuk Chicken Chop Parmesan.

– French fries & Coleslaw (Sampingan)

Cara membuat Chicken Chop Parmesan

1. Masukkanย  tepung goreng ayam dalam 1 bekas, telur dalam 1 bekas dan satukan serbuk roti dengan parmesan chese dalam 1 bekas,

2. Panaskan minyak dengan api sederhana.

3. Ikut step ini, salut ayam dengan tepung goreng ayam, kemudian celup telur kemudian salut dengan serbuk roti dan parmesan chese dan goreng.

4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Jaga api jangan terlalu besar. Takut hangus nanti.

Cara Memasak Kuah Black Pepper.

1 Tumis bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak.

2. Masukan sup cendawan campbell serta kiub ayam.

3. Masukan air ikut kepekatan mana yang korang suka. Nak kuah cair lebihkan air.

4. Masukan kicap kipas udang (lemak manis) untuk mendapatkan warna hitam tue. Ikut sukalah iyo. Jangan terlampau hitam sangat. Sudah mengelegak tutup api.

Cara hidang.

– Hidang chicken chop parmesan dengan French fries & Coleslaw serta kuah black pepper.

Selamat mencubo Resepi Chicken Chop Parmesan.

1,497 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

19 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Rina says:

    terima kasih atas resepnya, nanti bisa saya coba masak di rumah ๐Ÿ™‚
    Rina recently posted…Create SEO Friendly URLs Rewrite Using Htaccess And Mod_RewriteMy Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Sesekali tukar selera.
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    @Titan : Buleh..buleh… ikut ajo resepi tue ha huhuhu ๐Ÿ™‚
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  4. titan
    Twitter:
    says:

    pehh..macam sedapppp aje nih..bak sikittt..
    titan recently posted…Tanya gua 3 soalan.My Profile

  5. akubiomed says:

    Fuh, meleleh air liur. Silap besar layar blog bro KM waktu tengahari. ๐Ÿ™‚
    akubiomed recently posted…Abang Koning sambut Hari LahirMy Profile

  6. Kamal Mustafa says:

    @Hafiz : Omak tak tahu masak makanan barat nie, KM yang masak huhuhu
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 74 – Terapi KakiMy Profile

  7. Kamal Mustafa says:

    @Mus : Kuah Black Pepper tue kalau ada lebih boleh simpan untuk makan dengan daging burger (Ramli)
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 74 – Terapi KakiMy Profile

  8. Kamal Mustafa says:

    @Hazmin Hamudin : Makan western food bersama family sekali-sekala.
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 74 – Terapi KakiMy Profile

  9. Kamal Mustafa says:

    @Anak Askar Pencen : Buleh cuba senang aje tue ๐Ÿ™‚
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 74 – Terapi KakiMy Profile

  10. Kamal Mustafa says:

    @Suri : Juadah hari Ahad. Bila ado maso lapang
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 74 – Terapi KakiMy Profile

  11. Kamal Mustafa says:

    @Pahan : Cubalah pasti puas hati hahaha
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 74 – Terapi KakiMy Profile

  12. Kamal Mustafa says:

    @Bahrain : Senang aja nak buat tak susah pun. Ermm resepi ayan masak kopi tak pernah buat dan rasa lagi.
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 74 – Terapi KakiMy Profile

  13. Bahrain says:

    tgk macam senang je nak buat..tapi malas kot..owh bro ada resepi ayam masak kopi tak?

  14. pahan says:

    wah, sedap je upa.hehe. boleh buat niaga kalau dah pakai mcm ni.hehe

  15. suri says:

    wah tak menahan den dah mulo lapor..
    suri recently posted…Segmen โ€“ Saya Mahu DitegurMy Profile

  16. Anak Askar Pencen says:

    Terima kasih untuk resipi ini. Besok dapat gaji ingat bole kot try sendiri kat rumah.

  17. Aku kalau bab2 ada cheese ni memang berhantu la kan. Nampak sedap jugak tu.
    Hazmin Hamudin recently posted…Travelog Penang | Teochew Cendol Penang RoadMy Profile

  18. Mus
    Twitter:
    says:

    Bahan-Bahan Kuah Black Pepper tu kena copy dulu.. nak try juga
    Mus recently posted…Laluan Sementara Perkhidmatan Bas Di Kota KinabaluMy Profile

  19. hafiz
    Twitter:
    says:

    Pandai juga emak KM masak western ye…
    hafiz recently posted…Naik basikalMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top