Cheezy Balls Ala KM.

Resepi Cheezy Balls Ilham Dari Kak Jee.

Ok dah lama tak memasak nie. Baru-baru nie KM terjah ke blog Kak Jee. Ada resepi baru yang kak Jee kongsikan. Resepinya ialah Cheezy Balls. Berilhamkan dari resepi tersebut, KM buatlah Cheezy Balls ala KM pulak. Resepinya senang sangat tak susah pun. Yang penting mesti ada cheese.

Resepi Cheezy Balls Ala KM

Bahan-bahannya adalah:

  • Ubi kentang – Dibuang Kulit Dan Direbus
  • Cheddar Cheese – Dipotong Keping-Keping
  • Mozzarella Cheese – Dipotong Dadu
  • 1 paket kiub ayam
  • 3 sudu lada hitam – Ditumbuk
  • Daun Sup – Dihiris
  • Daun Bawang – Dihiris
  • Tepung Gandum
  • Serbuk Roti Secukupnya
  • 2 biji Telur – Dipukul Sebati
  • Minyak Untuk Mengoreng

Cara Membuat Cheezy Balls

1. Ubi kentang yang telah direbus dilenyek.

2. Masukkan kiub ayam.

3. Masukkan daun sup dan daun bawang.

4. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.

5. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Jangan masukkan tepung terlalu banyak. Cukuplah sekadar adunan tersebut boleh dikepal-kepal.

6. Kepalkan adunan dan masukkan Cheddar Cheese dan Mozzarella Cheese

7. Buatlah seperti bebola kesemua adunan.

8. Kemudian pukul sebati 2 biji telur.

9. Masukkan serbuk roti didalam dulang atau bekas.

10. Celup bebola kedalam telur.

11. Kemudian golekkan bebola kedalam serbuk roti.

12. Kemudian goreng dengan api yang perlahan. Angkat apabila bebola kekuningan.

Sedia untuk dimakan. Senangkan. Cheezy Balls nie sedap dimakan dengan sos cili atau tomato ikut sukalahkan. Budak-budak memang suka. Tak cukup KM guna 5 biji ubi kentang dapat buat lebih 20 biji.

Haa ado balance laie Cheddar Cheese dan Mozzarella Cheese ingat nak buek Pizza pulak.

Selamat mencuba resepi Cheezy Balls Ala KM.

1,766 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

8 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Titan : Memang cicah cili sos bar sodap.
    Kamal Mustafa recently posted…Cheezy Balls Ala KM.My Profile

  2. titan
    Twitter:
    says:

    kalau ada sos dia..mesti lagi sedap nih..
    titan recently posted…Komisen Pertama dari Lazada Malaysia.My Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    @Zik : Kat KFC ari tue promote sekejap ajo. Kalau suko boleh cuba 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Pengomen Mantap Bulan Januari 2014My Profile

  4. zik says:

    sedap nih bang.. apa2 kalau ada cheese memang menyelerakan.. hehe …
    zik recently posted…Safee sali meninggal dunia?? penipuan di fan page facebookMy Profile

  5. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Tak cukup satu, budak-budak suka amek makan.
    Kamal Mustafa recently posted…Cheezy Balls Ala KM.My Profile

  6. akubiomed says:

    Wah sedapnya. Kalau ada didepan mata. 🙂
    akubiomed recently posted…Berada di landasan yang betulMy Profile

  7. Kamal Mustafa says:

    @Faizul : Saiz eh sama macam bebola ayam mas dalam paket tue 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Cheezy Balls Ala KM.My Profile

  8. faizul
    Twitter:
    says:

    Bro, macam fishball pun ada bentuknya. Gambar terlalu dekat sampai tak dapat bayangkan saiz sebenarnya 🙂
    faizul recently posted…Berapa Banyak Wang Saya Patut Simpan Setiap Bulan?My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top