Emm apalah agaknya nasib Ariel sekarang nie.Kalau dulu heboh satu dunia pasal seks skandal Edison Chen.Sampai sekarang sebab dek kerana isu nie dia sentiasa dipandang buruk oleh banyak pihak.Sekarang Ariel dengan Luna pulak.denagr kata ada 2 video aksi lucahnya tersebar luas di internet yang melibatkan selebriti jugak.Apa pun lorang bacalah petikan berita dari Harian Metro nie.

JAKARTA: Pasangan selebriti Luna Maya dan Ariel Peterpan mendakwa tidak terbabit dalam aksi lucah seperti rakaman video yang didakwa dilakukan mereka.

Portal berita, Kompas.com, semalam melaporkan pasangan kekasih itu tidak tahu menahu mengenai video itu dan menafikan ada kaitan dengannya.Bagaimanapun, penafian itu tidak dibuat Luna, 26, atau Ariel, sebaliknya jurucakap syarikat pengeluar sabun Lux, PT Unilever Indonesia, Sancoyo Antarikso.

Luna adalah model yang digunakan syarikat itu untuk mempromosi produk jenama Lux.Kata Sancoyo, pihaknya menerima pengakuan bertulis daripada Luna dan Ariel – atau nama sebenarnya, Nazriel Irham – mengenai isu itu.“Kedua-dua mereka mendakwa video itu dipalsukan,” katanya.

Video aksi panas sepanjang enam minit itu mula beredar secara meluas di Internet pada Khamis lalu dan kini menjadi buruan kebanyakan orang.

Sancoyo berkata, syarikatnya bercadang mengadakan pertemuan dengan Luna bagi membincangkan kerja sama di antara kedua-dua mereka.Sementara itu, pemerhati berkata, Luna dan Ariel seperti enggan membawa kes berkenan ke muka pengadilan.

Dihubungi semalam, polis Jakarta berkata, mereka tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai isu itu.Jurucakap polis berkata laporan biasanya dibuat apabila ada pihak berasa mereka dianiaya.“Disebabkan belum ada laporan dibuat, tiada apa yang kami boleh lakukan,” katanya. – Agensi

Number of View :2344
Did you like this? Share it:

Related posts:

  1. Cerita Artis : Edison Chan Dimalukan Walaupun telah menerima pelbagai cemuhan sebelum ini gara-gara skandal foto...
  2. Cerita Artis : Din Beramboi Koma Di Hospital Selayang KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi,...
  3. Cerita Artis : Saved By The Bell Reunion Kau orang ingat tak lagi sikcom remaja Saved By The...
  4. Cerita Artis : Johan Raja Lawak Cedera Kena Baling Dengan Gelas Di Muka SEREMBAN: Pelawak terkenal, Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai...
  5. Cerita Artis : Yasmin Ahmad Meninggal Dunia   PETALING JAYA: Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad,...
  6. Cerita Artis : Datuk Siti Nurhaliza Menang Anugerah Bintang Popular ABPBH 2009 GENTING HIGHLANDS: Datuk Siti Nurhaliza Taruddin diinobatkan sebagai Bintang Paling...
  7. Cerita Artis : Madah Berhelah – Black & Mas Idayu Madah Berhelah – Black & Mas Idayu Seriusly memang len...
  8. Cerita Artis : Micheal Jackson Will Be Buried On His Birthday Michael Jackson will finally be laid to rest on what...

300x250KunTaoBanner

Leave a Reply

CommentLuv badge
Malaysia flag

Cuba Klik Tengok!!!!

Sila Lawati Blog Ini
wordpress stat

Bad Behavior has blocked 625 access attempts in the last 7 days.