SEREMBAN: Pelawak terkenal, Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak cedera di bahagian muka dan kepala selepas bergaduh dengan seorang pengarah drama di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat di sini, petang semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Johan, 26, bersama isterinya yang juga pelakon, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati, 29, ke restoran berkenaan berjumpa dengan pengarah berkenaan untuk berbincang mengenai drama yang dibintangi mereka berdua.

Difahamkan suasana menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba-tiba bertindak membaling gelas ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera di bahagian muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan pengarah berkenaan yang tampil membuat laporan polis sejurus kejadian berlaku.

Info Dari : Berita Harian Online

P/s : Kata berbincang tapi bergaduh pulak…emmm macam-macamlah

Post ini telah dilihat sebanyak :1331
Did you like this? Share it:


300x250KunTaoBanner

Leave a Reply

CommentLuv badge

Bad Behavior has blocked 1329 access attempts in the last 7 days.