KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi, koma sejak semalam dipercayai dijangkiti virus air kencing tikus hingga menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya tidak berfungsi.

Finalis Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Selayang kelmarin sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila keadaannya semakin kritikal, tengah hari semalam.

Pengurus Program Era, Nazri Noran ketika dihubungi Berita Harian, berkata doktor tidak menolak kemungkinan Din Beramboi atau nama penuhnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri dijangkiti virus air kencing tikus.

“Saya diberitahu dia mula demam sejak Rabu minggu lalu ketika sedang ke udara pada waktu pagi. Selepas selesai kerja, dia kelihatan sakit yang agak teruk. Saya menasihatkannya mengambil cuti beberapa hari.

“Sakitnya semakin menjadi-jadi hingga dia tidak boleh bangun. Dia sebenarnya tidak suka berjumpa doktor dan Ahad lalu, dia mendapat khidmat urutan untuk membuang angin. Cuma pagi kelmarin, dia terpaksa ke hospital berdekatan rumahnya di Bukit Sentosa.

“Bagaimanapun, atas saranan doktor kesnya dirujuk ke Hospital Selayang. Menurut doktor, sistem imun badannya lemah dan berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman tikus hingga menyebabkan saluran darahnya tidak stabil,” katanya.

Sementara itu, tersebar SMS yang mendakwa Din Beramboi dijangkiti virus air kencing tikus sewaktu menjalani penggambaran sebuah program membabitkan haiwan di sebuah zoo.
Teman gandingannya dalam segmen Riuh Pagi Era, Aznil Nawawi, berkata Din Beramboi memang terbabit dengan penggambaran sebuah program Astro Ceria, tetapi beliau tidak pasti sama ada jangkitan itu dialami ketika penggambaran berkenaan.

“Apa yang saya tahu, sejak minggu lalu dia memang demam. Sangka saya, ia hanya demam biasa tetapi akhirnya saya dapat tahu, dia dimasukkan ke ICU. Saya ada menghubungi isterinya dan meminta saya berdoa kerana keadaannya sudah kritikal,” kata Aznil.

Kredit To : Berita Harian

P/s : Sehingga Jam 9.30 pagi ini,Abg Din dikabarkan stabil.Harap-harap Abg Din sepat sembuh Amin.

Number of View :441
Did you like this? Share it:

Related posts:

  1. Cerita Artis : Yasmin Ahmad Meninggal Dunia   PETALING JAYA: Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad,...
  2. Cerita Artis : Saved By The Bell Reunion Kau orang ingat tak lagi sikcom remaja Saved By The...
  3. Cerita Artis : Edison Chan Dimalukan Walaupun telah menerima pelbagai cemuhan sebelum ini gara-gara skandal foto...
  4. Cerita Artis : Micheal Jackson Will Be Buried On His Birthday Michael Jackson will finally be laid to rest on what...
  5. Cerita Artis : Patrick Swayze Dies Of Cancer At 57 LOS ANGELES, California (CNN) — Patrick Swayze, whose good looks...
  6. Cerita Artis : Michael Jackson Bigger Than New Moon! This Is It, the film documenting the preparations for Michael...
  7. Cerita Artis : Madah Berhelah – Black & Mas Idayu Madah Berhelah – Black & Mas Idayu Seriusly memang len...
  8. Cerita Artis : Ricky Martin : "I am proud to say that I am a fortunate homosexual man. I am very blessed to be who I am," Puerto Rican singer Ricky Martin, in a bombshell to legions...

300x250KunTaoBanner

Leave a Reply

CommentLuv badge
Malaysia flag

Cuba Klik Tengok!!!!

Sila Lawati Blog Ini
wordpress stat

Bad Behavior has blocked 625 access attempts in the last 7 days.