Cara Nak Melamar Calon Isteri.

Melamar Calon Isteri

Assalammualaikum,

Sebulan dua nie ramai pulak kengkawan KM yang bertunang. Itu belum lagi yang bercadang nak berkahwin. Kadang-kadang bosan jugak bila saudara mara KM asyik tanya bila nak mendirikan rumah tangga. Tue belum masuk yang nak tolong carikan jodoh. Seperti biasa jawapan klise yang biasa digunakan ialah…”emmm belum ada jodoh lagi”,”emm duit tak cukup lagi”,”emmm siapa nakkan aku nie?”.Haa betulkan.

Mengambil keputusan untuk berkahwin memang sukar. Banyak perkara yang perlu difikirkan, jika tidak sukar pulak di masa akan datang. Bermula dengan memilih cincin pertunangan, itupun bergantung kepada calon tunang korang. Dibuatnya dia mintak cincin berlian ke, tak pun cicin yang mahal-mahal, tak terduduk korang nanti.

Dari pengalaman KM, walaupun KM belum menempuhi gerbang perkahwinan. KM pernah mendengar ramai lelaki dan wanita yang ingin bertunang atau berkahwin bercakap tentang perbelanjaan pertunangan dan perkahwinan. Memang duit menjadi faktor utama dalam merancang pertunangan dan perkahwinan. Itu satu bab kalau kedua-dua pihak dah setujulah.

Cerita Orang Melamar Calon Isteri.

Kadang-kadang KM tertanya-tanya macam mana diorang nie melamar tunang diorang. Maksud KM bila korang ajukan soalan “Popup the question”, “Sudikah awak menjadi isteri saya”. Ialah takkan nak main terjah ajakan. KM pernak kenal seorang hamba Allah nie. Dia seorang perempuan nie kerja satu tempat. Macam biasa berkawan satu tempat kerja kadang-kadang makan sama-sama, menonton wayang sama-sama. Tup-tup KM dapat berita nia nak berkahwin. KM dapat tahu keluarga silelaki dah menghantar rombongan meminang. Dipendekkan cerita bila sampai rumah perempuan, macam takde apa persiapan pun.rupa-rupanya keluarga perempuan tak tahu apa-apa pun pasal rombongan meminang nie. Nak tambah terkejut lagi siperempuan pun tak tahu menahu nie. KM rasa nie kes lelaki syok sendiri kot.

Ada tak idea nak melamar calon isteri.

Yang pasti apa pun pastikan dahulu pasangan,teman wanita dan calon isteri korang mempunyai perasaan yang sama dengan korang. Yakni “cinta”. Ini mesti jelaskan dahulu. Pastikan dahulu hati pasangan anda. Apakah perkara-perkara khas yang anda berdua mempunyai persamaan?. Adakah tempat atau sesuatu yang hanya ada berdua sahaja yang berkongsi dan keserasian anda bila bersama. Ada pasangan yang nak bercinta tapi tak boleh suka menghabiskan masa yang lama dengan pasangan ada yang rimas, tak selesa dan sebagainya. Jangan main luru aje macam cerita KM tadi. Lepas tue cari idea macam mana nak melamar pasangan korang. Zaman sekarang nie dah tak kisah sangat dah lelaki melamar wanita atau wanita melamar lelaki. Tapi yang pasti cara korang lafazkanya atau erti kata lain, “Popup the question”, “Sudikah awak menjadi isteri atau suami saya”

1. Sebelum nak melamar calon isteri atau suami anda, pastikan kewangan anda kukuh. Ini nombor satu. kedua-dua belah pihak mesti ambil tahu tentang perbelanjaan pertunangan dan perkahwinan.

2. Berbincanglah dengan pasangan anda tentang hasrat untuk bertunang atau berkahwin. Cerita dulu dan lihat pandangan pasangan anda. Manalah tahu kalu dia belum bersedia lagi untuk melalui fasa seterusnya.

3. Kalau dah setuju atau dalam erti kata lain dah dapat green light. Barulah anda plan satu hari yang sesuai untuk melamar sidia. Pergilah di tempat anda sering pergi bersama, tempat yang menjadi kenangan kepada percintaan anda. Restoran ke tau dimana sahaja yang anda rasa ada kena mengena dengan anda berdua. Kemudian ajukanlah soalan keramat anda itu.

4. Dah setuju barulah rancang pertunangan dan perkahwinan anda. Perbincangan dengan ibu bapa dan keluarga amat penting jangan abaikan. Kemudian barulah hantar rombongan meminang dan sebagainya.

Cara Lain Melamar Calon Isteri.

P/S : Video atas nie jangan korang cuba kalau lemah semangat. Ini salah satu idea aje cara nak melamar calon isteri.

50 total views, 2 views today

Tags: , , ,

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. mike says:

    best, tq KM!

  2. mike says:

    best, tq

  3. mancai says:

    peh…leh tahan idea mat salleh ni… tapi eloklah melamar cara orang melayu dan islam adalah lebih baik dan afdal…

  4. akubiomed says:

    Ada ker patut main serbu macam itu tentulah terkejut keluarga wanita. Apa yang perlu bawa kenal dulu kedua belah pihak sampaikan hasrat untuk bertunang baru hantar rombongan.

    Video lelaki buat aksi memang berani tapi kalau salah landing maut namanya

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top