Cara Menuntut Hutang.

cara menuntut hutang

Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Orang Yang Menuntut Hutang.

Rasulullah Saw pernah bersabda “Berhati-hatilah dalam berhutang. Sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari”.

Apa yang menyebabkan orang berhutang?.Percaya atau tidak kebanyakan orang berhutang untuk bayar hutang. Betul tak!!!. Bayar hutang kereta, hutang perabot, hutang PPTN

Orang yang berhutang kita tentu sedia maklum situasinya. Tetapi sebenarnya orang yang memberi hutang juga anda masalahnya tersendiri. Apa masalahnya. Masalahnya ialah bila menuntut hutang orang tak nak bayar.

KM rasa semua pernah mengalami situasi inikan dimana orang tak nak bayar hutang kita. Kita pulak jadi serba salah nak menuntut hutang kita tue.

Mari kita ambil iktibar dari beberapa hadis Rasulullah Saw mengenai hutang.

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Pemberi Hutang Berhak Menuntut Hutang.

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih (menuntut hutang). Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Muslim)

Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan menerusi hadith daripada Uqbah bin ‘Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.”

Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.”

Kisah diatas menunjukkan betapa Rasulullah mengambil berat tentang hutang. Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.Maka dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.

Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya.

Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya.”

Cara menuntut Hutang

Memang susah kalau kita nak menuntut hutang. Jadi satu beban pulak. Rasa serba salah, marah, sakit hati semua ada. Tidak kira orang yang berhutang tue adik beradik, saudara mara, kawan-kawan memang menjadi masaalah. Walaupun kita minta secara direct, pun masih tak jalan jugak. Takkan nak juga cara yang merepek-repek sesetengah blogger yang beri cadangan dalam blog mereka yang memang tak masuk akal langsung. Yang paling kelakar siap bagi idea hantar surat. Poning…poning.

Ini cara menuntut hutang dari nabeshnaim.blogspot.com

 1- Buat-buat nak pinjam duit.

Sekiranya si penghutang semacam buat-buat lupa yang dia berhutang dengan korang, cara paling lembut untuk meminta semula hutang tersebut adalah dengan mengadu masalah kewangan korang (reka-reka sikit pon takpe).Selesai jer buat aduan tu,korang pun cakap lah nak pinjam duit dengan diorang berjumlah sekian sekian (mengikut jumlah hutang tersebut). Selepas itu, korang pon buat-buat lah teringat yang dorang sebenanrnye ade hutang yang belum berbayar dengan korang.

Contoh : “Aku dah migrain fikir mana nak cari duit. Kucing aku gena gastrik, nak hantar gi klinik. Boleh tak aku pinjam kau RM50?”
Tanpa memberi sebarang peluang kepada penghutang untuk menjawab,korang harus cepat-cepat sambung ayat seterusnya.
” Eh baru aku teringat, hari tu kau pinjam RM50 belum bayar lagi kan?Hihi” *sambil mengedip-ngedip mata*

2-Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru penghutang

Korang harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru penghutang korang. Apabila korang dapat tahu bahawa penghutang mendapat kerja/memulakan praktikal/mendapat pinjaman PTPTN,JPA,MARA/elaun awal sem/masuk gaji/dapat bonus/menang wang tunai Power Root dan sebagainya, korang harus pantas membuat tindakan dengan menelefon atau berjumpa mereka untuk meminta hutang.

3- Jangan hilang jejak

Pastikan korang mempunyai maklumat lengkap tentang penghutang. Seperti alamat tempat tinggal sebenar, alamat semasa, no telefon terkini, akaun Facebook, YM/Skype, no telefon dan Facebook rakan-rakan serta bf/gf mereka. Lagi bagus kalau korang ada no telefon family dorang. Tak kira lah adik,akak,abang,mak,ayah.Sekiranya mereka menukar no telefon atau cuba lari dari korang,korang akan berjaya mengesan mereka melalui orang-orang ini. Dan jika penghutang memang bersikap lepas tangan dengan hutang tersebut, tak perlulah korang fikir 3-4 kali untuk memberitahu bf/gf dan family penghutang tentang perangai busuk mereka.

4 – Bergaul mesra dengan penghutang

Taktik ini juga adalah sejenis teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di Facebook dsb. Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra,korang bolehlah selitkan isu hutang tersebut. Sebagai contoh yang pernah aku lakukan di wall penghutang :
Aku : Happy Birthday K !(bukan nama sebenar)
Penghutang : Thank you. Mana hadiahnya?
Aku : Alaa takde hadiah laa. Tak mampu nak bagi :(
Penghutang : Cmne laa orang kaya boleh tak mampu pulak.
Aku : Sebab ada orang tak bayar hutang kot.

Cerita di atas ini adalah dari kisah realiti.

5- Ayat-ayat Hikmah

Sekiranya penghutang masih tak paham bahasa, sampailah masanya untuk gunakan taktik yang paling hardcore ini. Korang tak perlu pergi simbah cat merah kat rumah penghutang. Tak perlu baling bangkai ayam mahupun bom tangan buatan sendiri. Kadang-kadang dengan menggunakan perkataan sahaja, anda mampu menumpaskan penghutang tegar untuk membayar hutang anda. Post di status atau di wall penghutang ayat-ayat hikmah dan sebagainya sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Contoh ayat bess yang aku jumpa :

“orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nnt akan dibayar dengan pahalanya…kalau org berhutang tu pn xde pahala…harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman…renung2kan..peringatan ntuk diri sendiri juga..”

Kalau orang tu tak terasa jugak, memang penghutang tu selamber tahap mentibang laut.

6 – Jangan malu!

Ini tips yang paling penting dan asas. Sebelum korang mengambil apa-apa tindakan menuntut hutang,korang harus mengikis rasa malu tak bertempat. Awal-awal dulu aku pon ade jugak rasa malu nak mintak hutang ni. Tapi bila dah banyak kali aku jumpa manusia jenis ‘pandai pinjam tak pandai bayar’, lame-lame aku dah tak rasa malu langsung nak buat gerakan gerila. Lagipon, kenapa korang nak rasa malu mintak duit yang memang jelas terang dan nyata ialah hak korang. Yang sepatutnya malu ialah penghutang penghutang tegar tersebut. Kalau diorang boleh berlagak selamber dengan tidak membayar hutang, maknanya korang haruslah berlagak selamber juga memintak hak korang. Lagipon, bila korang bersikap macam ni, para penghutang ni tahu bahawa diorang takleh nak pijak kepala korang. Sebenarnya, kita mintak hutang bukannya tanda kita berkira. Tapi nak bagi pengajaran kat sesetengah orang yang sentiasa ambil jalan mudah dan pintas. Ingat sket, takde shortcut dalam hidup ni!

Cara terakhir yang KM boleh fikirkan ialah berdoa semoga orang yang berhutang tue membayar hutang mereka.

KM nak kongsi satu cara menuntut hutang yang dikongsikan oleh saudari Azlina Abdul Rahim pemilik blog linncomel.com. Beliau mengamalkan membaca doa dibawah.

“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.”

(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87).

Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.

Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.

Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun.

Cubalah petua diatas semoga anda dapat menuntut hutang anda kembali.

Link Post Ini : Cara Menuntut Hutang

 

65 total views, 3 views today

Tags: , , , , ,

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Nurbiela : Sabor ajolah :)
    Kamal Mustafa recently posted…RQ Petromax Boleh Bantu Anda Jimat Minyak Petrol Dan Diesel.My Profile

  2. nurbiela says:

    memg la da tebalkan muka nk mintakk hutng too tp..bila bleh plak dy buat derk too yang rasa skit sgt hati ny….dah xtaw nk gna cra mne lg…bab ny mmg sy fail truz la..

  3. titan
    Twitter:
    says:

    aku mintak sampai dapat. haha..
    titan recently posted…Kenapa lelaki kacak suka Morning Musume?My Profile

  4. arrizz says:

    fuh tak terasa..tak terasa..hehe..alhamdulillah hari tue ada rezeki lebih..sume hutang kawan dah bayar..rasa sangat lega..kalau dulu malu nak jumpa dengan si pemberi hutang tue..nak mengelak pon ada,haha..tapi syukurlah dah bayar..satu jer la nak cakap sal hutang..pandai pinjam, pandailah bayak..jangan buat2 lupa pulak..unless kita tak ada kesempatan nak bayar lagi, bagitau si pemberi hutang..jangan diam macam mengelak pulak..kang dia ingat nak lari la pulak..hehe..

    nice sharing bro..
    arrizz recently posted…Lagi kes hina Sarawak dan Sabah di TwitterMy Profile

  5. akubiomed says:

    Orang berhutang ada yang tidak lut cakaplah apa pun. Siap hari kita yang memberi pinjam dihambat dengan penyapu.

    Kadang-kadang kesian lihat bro Pakistan jual tikar selalu diakalkan orang kita apabila hendak tuntut tikar selalu sahaja ngelat.
    akubiomed recently posted…Projek hujung minggu – DIY Photography Mini StudioMy Profile

  6. anif
    Twitter:
    says:

    :D Teringat entry lama di blog. Lebih kurang aje ceritanya.

    - http://www.mdanif.com/2010/01/cara-mengutip-hutang.html#axzz1lKzv65Li

  7. rahman says:

    orang kita sekarang ni memandang hutang sebagai sesuatu yang remeh.. sedangkan ianya adalah sesuatu yang berat di sisi ugama..
    kalau boleh kita berdoa supaya kita tidak mati di dalam keadaan masih berhutang.. mudah mudahan
    rahman recently posted…Maulidur Rasul 1433H/ 2012MMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top