Cara Gayakan Kemeja Putih.

Setiap Lelaki Wajib Ada Sehelai Kemeja Putih.

Setiap lelaki sekurang-kurangnya memiliki sehelai kemeja putih di dalam almari pakaian. Walaupun ia kerap dipakai untuk ke pejabat, dan kadang-kala hanya terbiar tergantung di dalam almari, sebenarnya kemeja putih mampu mencipta suatu gaya hebat jika anda bijak menyuaipadankannya.

Kemeja merupakan sejenis pakaian yang berbutang dan berkolar, bukaan hujung kolar yang lebih luas dan lebar serta lengan dengan pergelangan.

Kebanyakan kemeja dipakai oleh lelaki dan biasanya diperbuat dari bulu, kapas dan kerap dipadankan dengan tali leher mahupun jaket.

Sebagai contoh, kemeja dipakai dengan sut untuk pemakaian formal, kemeja juga boleh digayakan tanpa sut untuk penampilan lebih kasual. Kebiasaannya, kemeja juga terdapat dalam potongan berbeza, ada potongan French, America dan English. Kini kemeja dengan potongan slim fit atau ikut tubuh menjadi pilihan ramai lelaki memandangkan ia lebih trendy.

Walaupun kemeja hadir dalam potongan, corak dan material fabrik berbeza, kemeja putih dilihat lebih klasik dan sesuai digayakan dengan apa jua pakaian.

Contohnya, stail anda akan tampak berbeza apabila kemeja putih ini dipadankan dengan seluar warna semula jadi atau denim.

Pakaian Yang Sesuai Dipadankan Dengan Kemeja Putih.

Sebagai panduan kepada anda, Manual Gaya kali ini memaparkan pilihan pakaian sesuai untuk dipadankan dengan kemeja putih. Walau dengan kemeja putih yang murah harganya, apabila anda tahu dan bijak memadankannya,penampilan anda lebih menarik, elegan dan sudah tentu menjadi perhatian ramai.

SUAIPADAN MENGIKUT KESESUAIAN

Kardigan berwarna terang

Lengkapkan pakaian berwarna hitam, kelabu dan biru tua yang anda masih berhati-hati dalam memilih tona sesuai, cuba pilih dari warna-warna yang jarang dipakai lelaki. Pakailah kardigan seperti anda memakai blazer, kerana blazer lebih murah harganya. Anda boleh membelinya dalam pilihan pelbagai warna untuk tampil berbeza. Sebagai saranan, kardigan dari material atau fabrik jersi kapas sangat sesuai untuk dipakai pada waktu siang.

Blazer Jalur
Lupakan rutin stail biasa anda, ubah dengan mengenakan sehelai kot atau blazer berjalur. Satu pilihan hebat untuk musim panas, blazer jalur akan menonjolkan penampilan lebih chic dalam stail nautika. Walaupun blazer bercorak tidak terjangka dan akan shake up penampilan anda, corak jalur dilihat lebih konservatif, terutama apabila dipadankan dengan kemeja putih formal. Jika anda mempunyai atau selalu gayakan blazer hitam atau navy (biru gelap), tukarkan kepada blazer seluar pendek lebih murah dan boleh disuaipadankan dengan apa jua pakaian dan aksesori di almari pakaian anda.

Pastikan anda memilih sehelai yang ditempah dan tidak mempunyai perincian mahupun corak. Pilih yang mempunyai hook atau bar, poket angled side dan kontemporari fit yang akan menampakkan anda memakai sehelai seluar berkualiti. Kekalkan penampilan elegan anda itu dengan meyarungkan sepatu atau sandal kulit.

Link Post Ini : Cara Gayakan Kemeja Putih 

1,072 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top