Cara Elak Beli Kereta Curi.

Sememangnya masyarakat kita begitu peka terhadap jualan murah. Biar apa jua produk yang dijual, janji harganya murah, pasti dapat sambutan. Begitu juga dengan kereta. Nilai harga di bawah paras pasaran pasti menarik minat pembeli. Perlu diingat, tidak ada sesiapa pun yang berniaga mahu rugi.

Berikut adalah berapa tip yang boleh dijadikan panduan sewaktu mengintai kereta idaman.
TANYA PENJUAL
=>Berapa ramai pemilik sebelum ini?

Tanya mengenai sejarah kereta tersebut. Jangan sampai anda terlewat mengetahui sejarah tersirat menqenai kereta yang diidamkan. Nombor telefon pemilik asal tertera pada geran kereta tersebut. jalan terbaik, hubunginya bagi mengetahui status dan sejarah kereta itu.

=>Berapa baki dengan bank?

Semak status pinjaman dan insurans pemilik terdahulu. Setiap dokumen kenderaan tertera dengan institusi kewangan yan memberi pinjaman. jika pinjaman telah diselesaikan,ia akan tertera (cop) “dibatalkan” atau “cancelled”. Hubungi pihak tersebut bagi penjelasan. Dengan sejumlah caj bayaran, anda juga boleh menyemak status pinjaman terdahulu dengan JPJ.

=>Saman atau Denda tertunggak?

Semak status saman atau denda pemilik terdahulu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ) atau Polis (PDRM). Sebaik kereta berada di tangan anda, maka setiap saman dan denda akan ditujukan kepada anda.

=>Semak pemilik yang sah?

Jika penjual mengatakan kereta itu adalah miliknya, cuba minta kad pengenalan diri atau MyKad daripadanya dan buat semakan dengan dokumen kenderaan tersebut. Demikian juga untuk rekod penyelenggaraan. Jika proses jual beli anda meragukan, cuba siasat dengan lebih dalam sebelum proses jual beli dilakukan.

PERIKSA KENDERAAN
=>Nombor Casis Dan Enjin

Pastikan nombor yang tertera pada casis dan enjin sama dengan nombor ang tertera pada dokumen kereta yan asal. Demikian juga dengan nombor Pendaftarannya. Pastikan semua nombor sama. Semak juga nombor yang tertera pada cermin hadapan dan tingkap kenderaan, pastikan ia sama (kalau ada).

=>Bawa Mekanik

Jika ada di kalangan kawan anda tahu selok-belok mengenai kenderaan, ajak mereka untuk periksa kondisi kereta tersebut. Antara bahagian yang penting ialah sekitar pintu, badan kereta dan sebagainya. Waspada terhadap kereta potong!

=>Semak bacaan odometer

Odometer boleh dipusingkan ke jumlah yang sedikit. Secara purata sebuah kenderaan akan berputar antara 20,000 hingga 50,000 kilometer setahun.Buat perbandingan antara usia kereta dengan catatan odometer

ELAK PENJUAL YANG DIRAGUI.

=> Jalan selamat untuk membeli kereta ialah melalui penjual atau dealer yang berdaftar dan berlesen. Biasanya mereka ini bukan sekadar bermatlamat menjual kereta semata-mata,malah cuba memuas hati pelanggan untuk satu perhubungan baik di masa akan datang. juga agar premis mereka diperkenalkan oleh anda kepada rakan-rakan yang lain.

=>Sementara anda mengenal pasti penjual yang bereputasi baik, anda juga harus berwaspada terhadap takfik mereka untuk meningkatkan jumlah yang perlu anda bayar, Pastikan apa jua caj bayaran dilakukan secara bertulis bagi mengelakan anda dari ditipu,tanya setiap perincian caj bayaran.

AKHIRI PROSES JUAL BELI

=>Buat satu perjanjian antara anda dengan penjual jika bersetuju dengan kondisi kereta tersebut. Lakukan proses penukaran nama kenderaan secepat mungkin. Jika penjual tersebut secara peribadi hantar kereta kepada anda, pastikan anda jelas dan faham terhadap semua dokumen.Semak sebarang kemusykilan dengan JPJ (kalau boleh). Akhir sekali barulah membuat bayaran akhir dan meminta semua dokumen dan kunci yang berkaitan.

PERINGATAN : Jangan terlalu tertarik dengan kereta yang dijual terlalu rendah dari harga pasaran!

————————————————————————————

1,296 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Ali ridha says:

    sakit hati juga kalau terkena beli
    kereta curi ni.
    Ali ridha recently posted…Urusan dipermudah kerana rajin solatMy Profile

  2. mancai says:

    kekadang derang tak potong bumbung… derang potong body bawah je… kena hati2… macam2 cara nak tipu pembeli ni kerana janji laku je…

  3. akubiomed says:

    Belum ada pernah pengalaman membeli kereta terpakai. Rasanya kalau kereta curi tidak lepas pemeriksaan Puspakom yang mewajibkan diperiksa sebelum di pindah milik ke pemilik baru
    akubiomed recently posted…Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1My Profile

  4. zik says:

    apepun kena tngok2 juga keadaan kereta tuh… kena test dulu… kalau harga dia rendah semacam pun… boleh suspect…
    zik recently posted…Kucing lawan Beruang- sapa menangMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top