Cahaya Warna-Warni Di I-City

Ferris Wheel At I-City

Pertama Kali Ke I-City

Sabtu lepas 12 May 2012, KM dan keluarga Kak Bell hadiri satu majlis perkhawinan di Ampang Selangor. Kami bertolak dari Lukut pukul 2.00pm dan sampai di Ampang lebih kurang 4.00pm. Itupun lambat sebab jamm selepas tol Sungai Besi.

Selepas hadiri majlis perkhawinan, kami bergerak ke I-City. Sebenarnya tak rancang pun nak ke I-City, jadi sebab dah terlanjur ke Ampang redah ajelah. Lagi pun KM belum pernah jejakkan kaki di I-City.

Kami sampai pukul 6.30pm. Parking di I-City nie autopay rupanya. Sedang elok sangat masa sampai, time lampu nak dipasang. Orang pun belum berapa ramai lagi. So kami masuk dulu rumah salji I-City. Cubalah sekali rasa pengalaman dalam rumah salji I-City nie, kalau nak tunggu melancong keluar negara entah bila agaknya. Rumah salji I-City pun jadilah.

Harga tiket masa KM masuk ke rumah salji I-City ada pakej. 2 dewasa & 2 kanak-kanak RM120. Dapat rasa pengalaman masuk rumah salji I-City nie sekali pun kira ok dah. Takdelah besar sangat. Salji pun kurang. Kurang sangat permainan dalam tue. Yang ada hanya 2 tempat meluncur. Ermmm sejuk bukan main lagi. Setengah jalan pusing balik kerana ada ahli keluarga yang tak tahan dek sejuk. Mana tidaknya, tak pakai kasut, pakai selipar mana boleh tahan.

Belum habis jalan lagi nie, terpaksalah mana yang pajak selipar tue sewa kasut boot. Nasib baik KM pakai kasut. Sewa kasut aja RM10, Deposit RM10. Jadi kepada sesiapa yang datang sok nak masuk rumah salji I-city nie pakailah kasut dan berstokin.

Kilauan Lampu LED Di I-City

Kebanyakkan lampu di I-City beransur-ansur dipasang. Cantik betul. KM pun snap-snaplah gambar yang mana dapat di kawasan luar rumah salji I-City.

Nak tengok gambar lagi. [spoiler]

[/spoiler]

Lepas puas dalam rumah salji I-City kami pun menuju ke area berhampiran ferris wheel. Ingat nak naik tapi orang ramailah pulak.

Makan Nasik Lemak Di Restoran Thajrha Maju I-City.

Lepas keluar dari rumah salji I-City perut bukan main lapar lagi.Jadi KM singgah di Restoran Thajrha Maju. Makan nasi lemak. Senang ringkas aje. Yang lain ada jugak order mee goreng, roti canai bagai. Kena tunggulah. Orang kat restoran nie pun makin ramai. Dekat I-City nie banyak lagi tempat makan selain KFC I-City yang kontroversi tue. Jadi pandai-pandailah pilih kalau datang sok ok.

Dalam kawasan nie aja KM belum habis terokai. Loteh dah berjalan. Takpe bila berkesempatan nanti KM berkunjung lagi ke I-City.

1,967 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. rahman says:

    Belum merasa main salji lagi ni .. ada masa boleh try pula
    rahman recently posted…Detik pelancaran facebook di bursa saham NasdaqMy Profile

  2. titan
    Twitter:
    says:

    bialah ada peluang nak pergi ye..
    titan recently posted…Lelaki Kacak dan Gunung KinabaluMy Profile

  3. azmanisma
    Twitter:
    says:

    Walaupon saya duk kl..tak pernah pergi lagi he3..

  4. mmg cantik la lampu2 led tu..
    Jebeng Otai™ recently posted…Platform IdeaMy Profile

  5. akubiomed says:

    Suasana malam di i-city barulah cantik.
    akubiomed recently posted…Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurveMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top