Burasak Oh Burasak.

Assalammualaikum,

Sihat ko semuo, Alhamdullilah. Camno sambutan Raya Puaso tahun nie… meriah. KM sambut sederhana aja tahun nie. Seperti tahun-tahun sebelum nie jugak. Tapi masih meriah dengan kunjungan adik beradik dan sanak saudara yang datang beraya ke rumah.

Seperti biasa pada raya pertama KM beraya di rumah sahaja. Tak kemana-mana. Raya kedua barulah KM keluar beraya ke Kuala Pilah – Pasoh 4 – Beranang. Raya ke tiga KM hantar adik KM beraya ke rumah mertuanya di Pontian kechil, Johor.

Burasak Oh Burasak 2015 (5)

Kalau di Negeri Sembilan popular dengan Rendang, dodol, dan lemangnya. Di Negeri Johor pulak bagi mereka yang berketurunan Melayu Bugis “Burasak” sangatlah sinonim dengan mereka. Kata adik ipar KM kalau tiba hari raya puasa dan haji “Burasak” memang wajib tersedia.

Buras atau Burasak ialah sejenis masakan yang berasaskan beras dan santan. Kalau ikut jawapan dari mak adik ipar KM, “Burasak” ini adalah nasi lemak yang kemudiannya dibungkus dengan daun pisang. Beberapa keping burasak yang telah dibungkus kemudian disatukan, dibalutkan semula dengan daun pisang yang lebar sebelum diikat dengan tali rafia dan direbus sekurang-kurangnya empat jam.

Burasak Oh Burasak 2015 (4)

Burasak Oh Burasak 2015 (3)

Burasak Oh Burasak

Lazimnya Burasak lebih enak dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.

Burasak Oh Burasak 2015 (6)

KM berjaya makan satu ajo. Lain sangat rasanya bagi orang yang tak pernah makan. Ada yang firstime makan. Bagaimana rasanya. Cuba komen sikit….

Psst : Ramai yang rancang nak berniaga lopeh raya nie boleh, pada yang nak jual makanan boleh lihat beberapa idea di bawah nie.

  • RAHSIA BUN

  • RAHSIA PUTU

  • PANDUAN PERNIAGAAN CUPCAKE

625 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Kalau berpeluang kono cari kengkawan dari johor yang berketurunan bugis br dapek rasa. 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Burasak Oh Burasak.My Profile

  2. akubiomed says:

    Pertama kali dengar tentu rasanya sedap.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top