Bubuh Arak Dalam Masakan, Janda Selepas Tiga Jam Nikah dan Bayar Bil Guna Syarikat Agen!

Bubuh Arak Dalam Masakan.

Bubuh arak dalam masakanPenguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) serbu sebuah hotel terkenal di Jerantut pahang, dan menyoal siasat seorang tukang masak yang cuba menipu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak dalam masakannya selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap. Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal. [Image Via Sinarharian.com.my]


Janda Selepas Tiga Jam Nikah.

Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminyaJadi janda selepas tiga jam nikah melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu. 3 jam ajo bergelar isteri. Ermmm pelik kes nie

Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau. Kata wanita tersebut bekas suaminya mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu. [Image Via Kosmo.com.my]


Bayar Bil Guna Syarikat Agen!

Bayar Bil Guna syarikat agen!Adakah korang percayakan syarikat agen untuk tolong bayarkan bil-bil korang. Kalau KM… takdolah, sah-sah kito akan kono tipu. Kalau fikir lojik orang akan fikir dua kalikan. Namun itulah yang berlaku pado Ummi Natrah, 29 yang kena tipu dek percayakan syarikat agen membayarkan bil telefonnya. Ermmm Puan Ummi Natrah kenapo tak bayar secara online ajo kan ke sonang. [Image Via Sinarharian.com.my] [dividers style=”4″]

952 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Baru tiga jam kawin dah jadi janda. Kesian betul.
    Hazmin Hamudin recently posted…Kisah Kebakaran Di Flat PKNS Jalan KerinchiMy Profile

  2. akubiomed says:

    Sekarang ini mudah untuk membuat pembayaran bil. Kenapa mengambil khidmat pihak ketiga kena kapur jawabnya.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top