Buatlah Pizza Sendiri.

Buat pizza sendiri

KM Buat Pizza Sendiri Kali Ini.

Selalu KM kunjungi Pizza Hut bila nak merasa pizza-pizza terbaru. So hari Ahad lepas, adik-beradik berkumpul kat rumah, jadi KM pun berhempas pulaslah pulak nak buat pizza sendiri. Barang-barang semua dah siap beli. So kerja-kerja menguli tepung pun dijalankan. Bilo fikir-fikir balik, agak berbaloi jugak kalau buat pizza sendiri modal pun tak banyak. KM dapat siapkan 5 dulang pizza yang siap dibakar untuk dijamu oleh seisi keluarga KM hu hu hu. Kek atas nie belum siap bakar lagi.

Haa nie yang dah siap dibakar. Menarikkan. Nak buek pun senang.

Ok nie ada resepi pada sesiapa yang nak buat pizza sendiri.

Bahan A

1 – 350 gram Tepung Gandum

2 – 6 gram serbuk Yis

3 – 200 ml Air Suam.

Bahan B – Topping

1 – Sos Prego atau sos tomato buatan sendiri

2 – Daging Ayam atau Daging lembu Kisar

3 – Isi Ketam di hancurkan

4 – Hot Dog dihiris

5 – Bawang Bombay dihiris

6 – Mayonis

7 – Sayur campur (Mixer)

8 – Mozarella Chess

Cara Buat

1 – Campurkan Bahan A dan uli sampai menjadi doh.Kemudian tutup dengan kain dan rehatkan adunan selama 15 minit.Adunan akan kembang 2 kali ganda.

2 – Campurkan Sos Prego dengan daging Ayam atau daging lembu.Gaul sebati

3 – Campurkan Bawang Bombay,Sayur campur (Mixer) dan Mayonis.Gaul sebati

4 – Keluarkan adunan bahan A dan canai ikut suka,bukat atau petak.

5 – letakkan adunan yang dicanai dalam dulah pembakar dan letakkan campuran Sos Prego, campuran  mayonis,hotdog,isi ketam selapis demi selapis.

6 – Akhir sekali taburkan keju Mozarella diatas pizza dan bakar selama 25 minit.Dengan suhu 200 celsius.

Psst : Buat Pizza sendiri…tak rugi.

598 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

8 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. vaT says:

    nk share bole ek…?

  2. vaT says:

    sedapnya…. nk share… nk buat sendri jugakkk…!!!

  3. akubiomed says:

    Aiseh, baru nak tanya ada buat delivery door to door. Mana tahu dari N9 ke Selangor 🙂
    akubiomed recently posted…Album Michael Jackson “Breaking News” 2010My Profile

  4. Kamal Mustafa says:

    boleh….tapi takde khidmat hartar ke rumah mcm Pizzahut

  5. Kamal Mustafa says:

    Betul…betul…betul buek sendiri lagi pueh ati.

  6. akubiomed says:

    Wah tak sangka ada skill buat pizza. Nasib baik ada resepi bagi sekali boleh coba nanti. Puas hati buat sendiri, toping pun boleh pilih sendiri

  7. zik says:

    fullamak ..jadilah bro buat.. mahu order dua keping..hehe
    zik recently posted…Khasiat buah pala dalam kesihatanMy Profile

  8. Ali ridha says:

    baca tajuk je.dah buat aku terliur.
    Ali ridha recently posted…Komen terbanyak oktober 2010My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top