BR1M 3.0 Akan Dimasukkan Ke Akaun Bank Penerima 22 Februari 2014.

BR1M 3.0 Dikredit Ke Akaun Bank Penerima 22 Februari 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini.

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M 3.0 akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari. Mungkin akan diberitahu secara pos. Seperti sebelum ini.

BR1M 3.0 Akan Dimasukkan Ke Akaun Bank Penerima 22 Februari 2014.

Pendaftaran permohonan BR1M 3.0 Tamat Pada 31 Januari 2014.

Pendaftaran permohonan BR1M 3.0 bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

RM4.6 bilion Diperuntukkan Untuk BR1M 3.0

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.

Kredit Info : utusan.com.my : BR1M 3.0 Akan Dimasukkan Ke Akaun Bank Penerima 22 Februari 2014.

679 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Faizul : Kenapa pulak tak layak Bro.?
    Kamal Mustafa recently posted…Perancangan Percutian Untuk Tahun 2014.My Profile

  2. faizul
    Twitter:
    says:

    saya tak layak memohonnya 🙂
    faizul recently posted…Pengalaman Mencari LokanMy Profile

  3. akubiomed says:

    Berita gembira bagi mereka yang layak menerimanya.
    akubiomed recently posted…Yeo’s sentiasa menjadi Pilihan SemulajadikuMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top