Blogger Copy Paste.

Blogger Copy Paste

Mahukah Anda Digelar Blogger Copy Paste.

Assalamualaikum, KM tertarik dengan post dari blog saudara Zul mengenai blogger copy paste. Beliau mengaku copy artikel dan penulis asal artikel tue singgah dan komen balik di blog beliau.

KM pun selalu jugak copy paste artikel dari website lain, jadi supaya KM tidak dilabel sebagai Blogger Copy Paste, KM berikan kredit kepada website tersebut. Tak Salah pun kecualilah kalau penulis asal tue mintak kita padamkan atau turunkan artikel mereka dari blog kita. Jadi itu kita kena hormat dan akur.

Ada blogger yang nak berkongsi artikel tetapi tak nak bagi copy artikel. Tidak kurang pulak yang minta izin dulu. “Nak copy paste post nie boleh ke?  Eh boleh apa salahnya silakan dan jangan malu-malu”. Itu kepada blogger yang baik hati dan nak berkongsi. Ada juga bloggeryang sampai guna code untuk disable right click, dan macam-macam lagi. Ialah KM boleh faham kalau karya mereka diciplak orang. Siapa yang tak marahkan.

Kenapa Ada Blogger Copy Paste.

Susah nak cakap sekarang nie, semua artikel dalam dunia internet nie bebas berpindah randah. Memang tidak dinafikan ramai yang suka jadi Blogger Copy Paste mungkin kerana tiada idea untuk blog mereka. Ada juga blogger yang memang jenis suka copy dan paste tapi mereka kredit balik kepada ownernya. Ada blogger copy separuh artikel aje untuk baca artikel seterusnya dia link semula ke blog yang dicopy.

Perasaan Bila dilabel Blogger Copy Paste.

Malu wehh kalau dibuatnyalah penulis asal tue mengutuk kita didalam blognya pasal kita copy paste artikel dia dan dia link pulak balik ke blog kita. Haaaa sapo nak jawab tue…

Jadi ape pendapat korang semua. Baik ke jadi Blogger Copy Paste nie.

754 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. KM says:

    Betul…betul…betul… 🙂

  2. Mr Rileks says:

    kalau copy paste sebaik2 bg ler kredit kat pemilik asal.. x gtu? 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top