Bila Masanya Kita Perlu Tukar Hos Radiator Kereta?

Luangkan Masa Periksa Hos Radiator Kereta.

Selalunya bila sampai masa untuk servis kereta, 3 perkara yang selalu dititik beratkan adalah, minyak hitam, air filter, air bateri dan minyak brek. Kalau ikut KM 4 perkara ini memang selalu KM beri perhatian lebih. Tapi ada satu lagi perkara yang kita jarang nak ambil tahu iaitu Hos Radiator Kereta. Hos Radiator Kereta ini kalau bocor atau pecah boleh menjadi punca kegagalan radiator yang berfungsi menyejukkan enjin dengan sempurna. Malangnya itulah yang berlaku pada KM dulu.

Hos Radiator Kereta 1

[Image Via Utuhpaloi.com]

Punca Hos Radiator Kereta Gagal Berfungsi.

Sekiranya Hos Radiator Kereta gagal berfungsi akibat bocor atau pecah, ia mungkin berpunca daripada keretakan atau rekahan pada permukaannya kerana komponen itu terlalu lama sehingga menjadi keras. Jika rekahan itu dibiarkan tanpa mengganti hos, kemungkinan ia bocor menyebabkan semua air dalam tangki kosong, sekali gus menaikkan suhu enjin.

Penutup radiator pula gagal berfungsi apabila springnya menjadi keras dan tidak lagi menganjal menyebabkan komponen itu gagal mencengkam bagi menutup lubang memasukkan air. Keadaan itu menye­babkan air dalam radiator mendidih menghasilkan tekanan sebelum keluar sebagai wap. Lama kelamaan air dalam radiator kehabisan.

Akhirnya, kereta anda tersadai di tepi jalan kerana tidak boleh bergerak apabila suhu enjin terlalu panas. Nasib baik Hos Radiator Kereta KM pecah dahulu berlaku di depan kedai makan.

Cara Untuk Periksa Hos Radiator Kereta.

Sehubungan itu, KM na­sihatkan korang periksa setiap Hos Radiator Kereta dari pangkal hingga ke hujung bagi memastikan tiada rekahan.

  • Periksa juga pangkal hos yang diikat dengan klip kerana bahagian ikatan itu mudah bocor.

  • Ujian untuk memastikan ketahanan hos getah adalah dengan memicitnya. Eloklah gantikan hos itu dengan segera kerana ia sebagai petanda akan pecah bila-bila masa saja.

  • Akhir sekali, periksa semua kedudukan hos supaya tidak bergesel dengan dinding atau alat ganti lain.

  • Jangan sekali-kali menggunakan kekerasan ketika mencabut pangkal hos itu kerana puntungnya mudah retak, sebaliknya gunakan pisau untuk memotong hos itu. Selepas hos dicabut, gunakan berus dawai membersihkan sekeliling puntung yang mungkin diselaputi karat.

  • Sekiranya mahu menukar Hos Radiator Kereta, air dalam radiotor perlu dibuang dengan membuka skru saluran keluar air di bawah tangki. Kemudian, buka klip pengikat kedua-dua pangkal hos menggunakan pemutar skru.

  • Jangan lupa masukkan dahulu gelung klip pada pangkal hos sebelum diketat­kan semula selepas hos itu disumbatkan pada puntung.

  • Jika menghadapi masalah memasukkan pangkal hos itu, gunakan minyak atau gris yang disapu pada hujung puntung yang bertindak sebagai pelicin. Selepas pangkal hos dimasukkan ke puntung, ketatkan klip meng­gunakan pemutar skru.

1,480 total views, 6 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. faizul
    Twitter:
    says:

    biasanya saya akan tukar hos kalau pomen yang rekomenkan, kalau tidak jawabnya memang diam macam tu je lah hos radiator tu.
    faizul recently posted…Kotornya Kualiti Air PaipMy Profile

  2. annassul says:

    ia memberi info yang menarik..segala maklum balas dr awak saya hargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih..salam perkenalan dari saya

  3. hafiz
    Twitter:
    says:

    Rasanya hos kereta aku pun dah keras, nak keta tukar.
    hafiz recently posted…Tips keselamatan untuk wanitaMy Profile

  4. KiD
    Twitter:
    says:

    hos ni aku tukar sekali je masa tukar water pump bocor.. huhuhu
    KiD recently posted…Bajet Terbaik Rakyat Malaysia 2014My Profile

  5. akubiomed says:

    Bahaya kalau hos pecah didalam pemanduan. Harap dapat prihatin ketahanan.
    akubiomed recently posted…Top Komentator bulan OktoberMy Profile

  6. Kalau pecah tepi highway susah jugak rasanya. Kalau depan kedai makan boleh berhenti minum dlu. Hehe
    Hazmin Hamudin recently posted…Selamat Menyambut Pesta Cahaya 2013My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top