Nasihat Dan Kata-Kata Hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat dan kata-kata hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana kata-kata pujangga nasihat yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.Nasihat dan Kata-kata hikmah dari Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sentiasa menjadi ikutan dan panduan oleh umat Islam.Di harap Nasihat dan kata-kata hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib menambahkan lagi iman kita.Kata-kata pujangga nasihat

  • 01. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
  • 02. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
  • 03. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
  • 04. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
  • 05. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
  • 06. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
  • 07. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
  • 08. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
  • 09. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
  • 10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
  • 11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
  • 12. Mengajar adalah belajar.
  • 13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
  • 14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta
    seperti kambing.
  • 15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.
  • 16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
  • 17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
  • 18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
  • 19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
  • 20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
  • 21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
  • 22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
  • 23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
  • 24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
  • 25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
  • 26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
  • 27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
  • 28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
  • 29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
  • 30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
  • 31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
  • 32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
  • 33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
  • 34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
  • 35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
  • 36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
  • 37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
  • 38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
  • 39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
  • 40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam…

Antara kata-kata Hikmah Saidina Ali :

  • ~ Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.
  • ~ Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.
  • ~ Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.
  • ~ Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.
  • ~ Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.
  • ~ Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.
  • ~ Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
  • ~ Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.
  • ~ Tidak ada pujian bersama kesombongan.
  • ~ Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.
  • ~ Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.
  • ~ Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.
  • ~ Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
  • ~ Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
  • ~ Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.
  • ~ Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
  • ~ Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
  • ~ Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.
  • ~ Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
  • ~ Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.
  • ~ Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
  • ~ Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
  • ~ Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.
  • ~ Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
  • ~ Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.

Info dari : orangkayatunggakalam.blogspot.com

73 total views, 2 views today

Tags: , , , , , , , , ,

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Hi! This is my first comment here so I just wanted to give a
    quick shout out and say I truly enjoy reading your posts.
    Can you recommend any other blogs/websites/forums that go over the same subjects?
    Thanks!
    health zone tulsa recently posted…health zone tulsaMy Profile

  2. KM says:

    Boleh….just kredit balik ke blog nie ok.

  3. h.m nawir fachdan says:

    Asslam, mohon copy kata2 nasehatxdan forward ke teman syukran wassalam

  4. Kamal Mustafa says:

    Tq for visiting my website,I am really Appreciate that.

  5. Sam Cwiek says:

    Hello there. Although I normally don’t post on blogs, I decided to today, just to thank you really! I’ve finally got the information I was seeking for (via your blog) on the 6th page of Google results! So now I’m all covered :) Thanks again!

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top