Bulan P.Ramlee Di Astro

Bulan P.Ramlee

Bulan P.Ramlee Di Astro

Pagi nie bilo dengar celoteh Pak Nil, Ray dan Haniff kat Era seronok pulak. Segmen pagi nie di Era sempena bulan P.Ramlee di Astro. Diorang undang pelakon dan penyanyi Musli Ramlee.Wah… Musli Ramlee bilo menyanyi¬† lagu “Ali Baba” memang tak dinafikan suara beliau memang mirip sangat2 dengan suara arwahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Dalam Astro view yang sampai kat rumah den 2 hari lepas, penuh dengan info dan trivia tentang P.Ramlee. Ada cerita pasal perkahwinan beliau hingga ke filem2 beliau.

Sempena bulan P.Ramlee ini. Astro juga menyiarkan filem-filem P.Ramlee. Kalau tanya den antara filem arahan P.Ramlee mana yang paling den suko antaro eh,

  1. Ibu Mertuaku.
  2. Laksamana Do Re Mi.
  3. Bujang Lapok.
  4. Hang Tuah.
  5. 3 Abdul
  6. Nujum Pak Belalang

dan banyak lagi…

Filem nie kalau keluar kat Tv berapa puluh kali tah den mesti tengok lagi. Ado sesuatu yang menarik yang tak dapek nak diunggapkan dengan kato-kato.Tak taulah kenapo tak muak atau jelak bila nonton filem arahan dan lakonan beliau.Sapo nak jawab tue??

Update : 29-10-2010

Aku memang tabik dengan usaha Astro menjayakan bulan p.Ramlee nie.dengan menyiarkan semula banyak filem-flem arahan Tan Sri P.Ramlee.Banyak channel kat Astro menyiarkan filemnya. Cuma hari nie den sedikit kecewa (tak banyaklah…) bila anak buah den buka channel Astro Ceria 611 ada pulak ditunjukkan filem P.Ramlee “Seniman Bujang Lapuk” dengan adengan Sarip Dol main judi dalam rumah sebelum Ramlee sampai menangkapnya. Rasanya tak sesuai filem nie disiarkan kat channel nie kerana budak-budak kecil memang selalu menontonnya. Ini cuma pendapat den ajo.

Update : 1-11-2010

Semalam 31-10-2010 adalah kemuncak bulan P.Ramlee di Astro.Kalau korang tune kat Astro History Channel  555,Astro ada tayangkan documentary tentang Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee.Banyak perkara yang kita tak pernah tahu tentang P.Ramlee di nyatakan dalam documentary tersebut.Seronok tengok macam-macam info tentangnya selama 2 jam.Kepada mereka yang tak sempat nak menonton documentary tue boleh lihat kat bawah nie.







Fakta Menarik Tentang P.Ramlee

  • Huruf “P” di depan nama Ramlee adalah bermaksud “Puteh” iaitu nama bapanya.
  • P.Ramlee pada mulanya jatuh cinta dengan Seniwati Mariani (Kakak Saloma).Bila beliau mengetahui bahawa saloma berkenan pada P.Ramlee, Mariani memutuskan hubungan dengan P.Ramlee agar dapat membuka jalan buat Saloma .Tetapi P.Ramlee berkahwin pula dengan Seniwati Norizan.
  • Semasa Pendudukan Jepun Di Malaya, P.Ramlee dan rakan telah dipaksa bekerja dengan Pihak Jepun. Di dalam kem Jepun inilah P Ramlee mula belajar bermain biola.
  • P.Ramlee gemar makan buah tembikai dicicah dengan kicap bercampur cili
  • P.Ramlee pernah diboikot oleh pihak wartawan,dan keadaan ini berterusan sehinggalah beliau meninggal dunia.

P/S : Ape pun syabas kepada Astro atas usaha menwujudkan bulan P.Ramlee.

912 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    feveret jugak…

  2. suri says:

    salam kawan..
    den mmg suko kisah2 ramlee ni semua best2 belaka…

    klu nak bandingkan artis skrg jauh bezanya heee

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top