Bermadu Asmara Di “Port Kereta Sakit”.

Tak dapek nak di khabar an dengan kato-kato. Bila dengar berita orang kena cekup dalam kereta semua eh melayu. Apo dah jadi nie. Berani botul diorang nie. Kalau tak silap KM awal bulan hari tue baru kita dengan cerita pasangan anggota polis buek projek dalam kereta. Dah kuar cerita baru.

SEREMBAN: Memalukan apabila segelintir remaja dikesan menjadikan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berhampiran Taman Bukit Margosa, Paroi, dekat sini, sebagai ‘port kereta sakit’ dipercayai untuk memadu asmara pada waktu tengah malam dan awal pagi sejak awal bulan lalu.

Kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu di dalam kereta sama ada dengan meletakkan kenderaan di tepi lebuh raya atau bergerak perlahan antara kawasan taman berkenaan ke Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini, kira-kira dua kilometer.

Perbuatan mereka dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa yang melakukan operasi rondaan keselamatan setiap malam di kawasan taman terbabit dan menemui tiga hingga empat pasangan remaja memadu kasih dalam kenderaan.

Timbalan Pengerusi SRS taman itu, Azizul Rahman Mohd Yusof, 40, berkata dalam operasi baru-baru ini, pihaknya menemui dua pasangan remaja memadu kasih dalam dua kereta berasingan di tepi lebuh raya dan sebuah lagi bergerak perlahan di laluan kecemasan.

Menurutnya, kejadian disedari berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila empat anggota SRS yang menaiki dua motosikal mengekori kenderaan terbabit, namun mereka memecut kenderaan ke Jalan Seremban-Kuala Pilah sebaik menyedari diperhatikan.

“Kami percaya mereka memilih laluan berkenaan untuk melakukan aktiviti maksiat kerana menganggap kawasan terbabit agak sunyi pada waktu tengah malam dan awal pagi kerana kenderaan kurang melalui lebuh raya itu pada waktu itu.

“Bagaimanapun, mereka didapati tidak memikirkan kesan tindakan itu kerana boleh mengundang bahaya seperti dilanggar kenderaan lain kerana banyak kes membabitkan kemalangan di lebuh raya termasuk mereka yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan,” katanya.

Katanya, pihaknya tidak boleh menahan mereka kerana ia di luar bidang kuasa mereka, tetapi memantau bagi memastikan imej kawasan taman tidak terjejas selain kegiatan itu perlu dibanteras.

“Kami akan terus memantau kegiatan tidak bermoral itu supaya mereka tidak menjadikan kawasan ini sebagai ‘port’ untuk melakukan maksiat kerana sebelum ini pernah berlaku kes pasangan remaja hampir melanggar anggota SRS ketika dikejar,” katanya.

Azizul Rahman berkata, pihaknya berharap ibu bapa melaksanakan peranan mereka terutama dalam memantau pergerakan anak remaja perempuan masing-masing sebelum berlaku sesuatu kejadian tidak diingini.

“Ibu bapa perlu membuat pemantauan terhadap pergerakan anak remaja mereka bagi mengelak nasib dan masa depan anak mereka terjejas disebabkan perbuatan sia-sia,” katanya.

Penduduk lain, Abd Aziz Abd Hamid, 49, berkata pihaknya meminta kerjasama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk memantau kawasan berkenaan bagi memastikan aktiviti tidak sihat itu berterusan.

“Pemantauan pihak berkuasa agama mampu mencegah kegiatan yang bukan saja bertentangan ajaran Islam,” katanya.

Kredit Info : http://www.hmetro.com.my

122 total views, 1 views today

Tags: , , , ,

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Salam admin,

    Sebab tu Allah dah bagitau awal-awal di dalam al-Quran bahawa ada segolongan manusia yang mereka ini seperti binatang ternakan,bahkan lebih teruk lagi.Minta-minta Allah jauhkan kita.

  2. mancai says:

    peh.. kerana nafsu badan binasa… kerana hati semua boleh jadi… ish2 derang ni…

  3. zik says:

    mana2 pun jadik… tuh dia..
    zik recently posted…Pencipta mesin pengeluar wang automatik ATMMy Profile

  4. haru says:

    bukan setakat kete..dlm semak pn jadi nie..haish..
    rosak2

  5. Kamal Mustafa says:

    Macam tuelah gayo eh,dah jadi trend sekarang nie dalam keto pun jadi.

  6. akubiomed says:

    Dah macam kucing jantan mengeyam kucing betina tepi jalan pun jadi :-(
    akubiomed recently posted…Tiada lagi koning tapi kuningMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top