Berita Semasa : Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang

Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Sumber: Mstar Online

580 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    rupanya lelaki lebih ramai… erm… kat mana lah diaorang nie… kenapa kat u ramai pompan.. tapi kat unikl lelaki memang dominasi nisbah 3-1 … sebab u yang lebih kepada teknikal…
    zik recently posted…Kedamaian yang ku pintaMy Profile

  2. fendidahada says:

    laki2 ramai di pusat serenti je..smua nak merempit dan buat benda2 tak berfaedah je.huhuh…
    fendidahada recently posted…Piala AFF Suzuki Cup Milik MalaysiaMy Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    Betul…yang ramai ke menara gading perempuan. Mano poie eh kaum Adam yang lain…..mananam anggur ko?

  4. akubiomed says:

    Lelaki ramai tapi lelaki ke menara gading tidak ramai
    akubiomed recently posted…CINTAMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top