Berita Semasa : Kemunculan Crop Circle Di Indonesia

Penduduk gempar fenomena dikait dengan makhluk asing

JAKARTA: Fenomena penemuan crop circle atau lingkaran misteri di kawasan sawah padi di wilayah Berbah, Sleman menarik perhatian penyelidik pelbagai agensi di Indonesia. Dua institusi berkenaan adalah masing-masing Badan Tenaga Atom Nasional (Batan) dan Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan) yang menghantar pasukan masing-masing ke lokasi.

Selain Lapan dan Batan, pasukan Bapeten (Badan Pengawasan Tenaga Nuklear) turut berada di lokasi. Mereka menyiasat jika berlaku radiasi di sekitar lokasi lingkaran terbabit.

Lokasi yang menempatkan penemuan fenomena misteri berkenaan semakin mendapat perhatian dengan kehadiran orang ramai yang turut menjadikan jalan menuju ke lokasi terbabit sesak.

Penduduk juga cuba menaiki Gunung Suru untuk mendapatkan pandangan lebih jelas lingkaran terbabit dari bahagian atas. Malah bukit setinggi 25-30 meter di utara lokasi dipasang tali untuk memudahkan pengguna.

Bagaimanapun Moedji Raharto, penyelidik Kelompok Kajian Astronomi ITB berpendapat lingkaran terbabit mungkin akibat fenomena alam daripada angin kencang atau hujan yang membentuk perkara terbabit.

“Secara logik, kehadiran makhluk asing tidak semudah difikirkan. Kita di bumi pernah melakukan satu kajian CETI (Communication Extra-Terrestrial Intelligence) selama puluhan tahun tetapi tidak menemui apa-apa.

“Jika memang ada makhluk asing yang melakukan penerbangan, ia sepatutnya melakukan komunikasi, membangun komunikasi yang hebat,” katanya dalam temubual dengan akhbar Republika, semalam.
Katanya di Indonesia sendiri banyak berlaku apa yang didakwa sebagai fenomena UFO tetapi tidak ada sesuatu yang dapat diyakinkan secara ilmiah. – Agensi

Credit Info : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lingkaranmisteridisiasat/Article

p/s : Crop circles atau lingkar taman yang merupakan fenomena alam penuh misteri yang kini sering di jumpai. kemunculannya pertama kali di Britain pada tahun 1647 .sampai sekarang belum ada jawapan yang pasti bagaimana cara mereka terbentuk.

570 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    Rasa tak pernah kot…

  2. Mus
    Twitter:
    says:

    fenomena ni pernah terjadi di Malaysia tak?
    Mus recently posted…Minisite Yang Simple Tapi Komisennya LumayanMy Profile

  3. fendidahada says:

    tak lama lagi kat ladang malaysia pulak la..hehe
    fendidahada recently posted…Baguskah YES wimax My Profile

  4. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Salam bro,

    Saya pernah baca buku Dajjal akan muncul dari kerajaan segitiga bermuda karangan Muhammad Isa Dawud.Dalam buku tersebut beliau telah mendedahkan secara ilmiah melalui kajian bahawa segala kejadian aneh seperti kemunculan UFO dikaitkan dengan perlakuan Dajjal dan sekutunya.

    Mungkin juga crop circle ni dapat dikaitkan dengan suatu aktiviti yang dilakukan Dajjal dalam rencananya untuk menakluk dunia.Siapa tahu.

  5. zik says:

    ad baca berita.. siap ada orang jual gambar macam dekat atas.. ditempat kejadian… sempat lagi buat bisnes.. yang melukis tuh pun pandai lukis…
    zik recently posted…Pokok Kaktus- nama saintifik- ciri-ciri khas- perubatan dan fengshui kepercayaan orang cinaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top