Berita Semasa : Kain Telekung Berdiri Gemparkan Port Dickson

Semalam heboh pasal kejadian kain telekung berdiri kat Bandar Sunggala Port Dickson.Mak aku inform kat aku malam semalam pasal hal nie. Ramailah orang dok poie tengok. Tapi aku tak poie lagilah.Setakat dengar cerita aje.Ape-ape pun kita sebagai umat Islam jangan terlampau taksub sangat takut terpesong akidah. Nie petikan dari akbar Utusan Malaysia Online hari nie pasal kejadian misteri Kain Telekung Berdiri. Saksikan video Kain Telekung Berdiri kat bawah nie.

TELUK KEMANG 13 Mei – Sama ada perkara benar atau dibuat-buat, kisah telekung berbentuk seperti orang duduk tahiyat akhir menjadi tumpuan penduduk di Bandar Sunggala, Port Dickson dekat sini sejak tiga hari lalu.

Semuanya bermula apabila pemilik telekung berkenaan, Azizah Jalil, 61, yang merupakan seorang ibu tunggal mendapati telekung miliknya berbentuk demikian ketika mahu menunaikan solat Asar, Selasa lalu.

‘‘Saya letakkan telekung di atas sejadah sebelum mengambil wuduk. Selepas selesai wuduk, saya menyarungkan kain. Apabila memalingkan muka ke arah sejadah, saya terkejut apabila melihat telekung itu sudah berbentuk seperti itu.

‘‘Sebelum itu saya ingat benar telekung berkenaan hanya berlipat dan diletakkan di atas sejadah dan keadaannya tidak begitu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Anggerik 29, Bandar Sunggala, Port Dickson dekat sini hari ini.

Terkejut dengan keadaan itu, Azizah segera memanggil anaknya, Mohd. Hafiz Masrom, 25, untuk melihat kejadian itu kerana bimbang apa yang dilihatnya itu hanyalah ilusi semata-mata.

‘‘Anak saya kata dia juga melihat telekung yang sama dan dalam keadaan seperti itu.

‘‘Sejak kejadian itu sehinggalah ke hari ini, telekung berkenaan tidak disentuh dan dibiarkan dalam keadaan begitu,” kata Azizah.

Kejadian yang berlaku itu menyebabkan rumah Azizah menjadi tumpuan penduduk yang datang tanpa mengira waktu untuk menyaksikan perkara tersebut.

Kata Mohd. Hafiz, orang ramai datang sendiri untuk melihat telekung itu dan terpulang kepada mereka untuk menilai kejadian itu.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson, Mohd. Raizalaini Mohd. Rais berkata, masyarakat Islam tidak boleh mentafsir atau menterjemahkan kejadian itu sewenang-wenangnya kerana ia boleh memesongkan akidah.

‘‘Sama ada perkara itu baik atau buruk, pastinya setiap yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya. Sebagai umat Islam, kita perlu menerimanya dengan kerelaan hati dan menanamkan dalam diri untuk terus memperbaiki segala amalan dan berazam menjadi umat Islam yang baik,” katanya.

Menurutnya, selepas melihat sendiri telekung berkenaan, beberapa pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melipat semula telekung itu supaya tidak dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Info Dari : Utusan Malaysia Online

902 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. emas antam llg says:

    Superb, what a website it is! This webpage presents helpful
    data to us, keep it up.

  2. FindAGoodJobNow.com says:

    Hey what is a good way to sign up for updates to your website?

  3. Kamal Mustafa says:

    Thank you for visit my blog, i am happy to change link with you. Just put my link to your website or blog and i will do the same.Your link will be appeared at my page http://kamalmustafa.com/exchange-link

  4. Octavio Giordano says:

    I randomly browse blogs on the internet, and I find your article to be very informational. I’ve already bookmark it on my browser, in order that I can view your blog publish once more later. Also, I’m questioning whether your blog is open for hyperlink change, as I actually wish to trade links with you. I do not normally do this, however I hope that we will have a mutual hyperlink exchange. Let me know and have an excellent day!

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top