Berita Semasa : Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Jepun 2010

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menjadi juara Badminton Super Series Terbuka Jepun 2010 lepas kalahkan Lin Dan. Hampir 1 tahun kalau tak silap den Datuk menghempas pulas untuk meletakkannya di tahap paling atas dalam arena badminton.

Datuk Lee Chong Wei berjaya menundukkan musuh tradisi,nya Lin Dan dari China dengan mata 22-20, 16-21, 21-17 untuk menjuarai Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, malam tadi. Kejayaan tersebut adalah kejuaraan kelapannya pada tahun ini.

Walau bagaimana pun, Hasrat beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk memberikan kejuaraan berganda buat Malaysia pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila kalah 21-18, 14-21, 12-21 di tangan juara dunia, Cai Yun-Fu Haifeng selepas itu.Takpo buleh cubo laie kan.

Datuk Lee Chong Wei pernah dikalahkan Lin Dan di Badminton Super Series Terbuka Switzerland pada Mac tahun lalu dan dia sekarang mempunyai 7-15 head-to-head-rekod melawan Lin Dan.

Tahniah sekali lagi buat Datuk.

[Image via Thestar.com.my]

697 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    7-15…agak jauh juga tuh…boleh tuh… gogo lee chong wei..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top