Beriadah Bersama Keluarga Di Rantau Eco Park.

Assalammualikum,

KM nak cerita sedikit info mengenai Rantau Eco Park. Rantau Eco Park dah lama dibuka kepada orang ramai, cuma KM ajo yang lambek dapek infonya. Baru-baru nie KM bawak family beriadah di Rantau Eco Park. Ada banyak laie tarikan di Rantau Eco Park nie yang mana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan sahabat handai.

 photo Rantau Eco Park 9_zpslfuwol7q.jpg

Rantau Eco park ini terletak di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan iaitu tidak jauh dari Bandar Seremban. Tak susah mencarinya. Tak ada keluar masuk simpang banyak pun. Kalau dari Seremban ke Rantau jumpa Balai Polis Kuala Sawah dah dekatlah tue.

Rantau Eco Park mempunyai keluasan 100 ekar amat sesuai sangat untuk pengunjung yang datang kesini untuk merasai sendiri pengalaman menikmati alam semulajadi dan mencari ketenangan.

Apa Yang Di Tawarkan Di Rantau Eco Park Nie?.

  1. Kolam Mandi
  2. Permainan kanak-kanak [Inflatable Balloon]
  3. Extreme Park [Jungle Trekking, Cycling, Horse Ridding, ATV Riding, Canoe Ride]
  4. Mini Zoo
  5. Meeting & Event [Family Day, Business Meeting, Ect…]
  6. Wedding [Majlis Perkhawinan]

KM masuk ke swimming pool ajo, yang lain belum laie. Sok-sok kalau ado masa terluang KM terjah.

 photo Rantau Eco Park 2_zpswvb7q89l.jpg

 photo Rantau Eco Park 5_zpssgkna7nf.jpg

 photo Rantau Eco Park 1_zpshdeybemg.jpg

 photo Rantau Eco Park 3_zpsqp2je7qp.jpg

Tiket Masuk Ke Kolam Mandi.

– Dewasa [ RM8.00 ]

– Kanak-kanak [ RM5.00 ] 2 Hingga 12 tahun

Sekarang nie ada promosi. Tiket masuk untuk dewasa dan kanak-kanak sama ajo hanya RM5.00

Perlukan makluman lanjut korang boleh emailkan atau hubungi nombor yang tertera dibawah.

Rantau Eco Park
Kg. Pasir, Kuala Sawah
71200 Rantau
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: +603-9287 6833
Fax: +603-9287 0233
E-mail: info@rantauecopark.com.my
Laman Web: www.rantauecopark.com
Facebook: Rantau Eco Park

1,222 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

13 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Zurida Inrahim : Boleh. Kat dalam pun ada jual makanan juga. taklah mahal. sekarang nie promosi tiket masuk RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak
    Kamal Mustafa recently posted…Beriadah Bersama Keluarga Di Rantau Eco Park.My Profile

  2. zurida ibrahim says:

    Nak tanya boleh bawak masok makanan sendiri tak

  3. model baju batik wanita says:

    pasti menyenangkan bisa berlibur bersama keluarga, setelah sibuk bekerja

  4. furniture jepara says:

    Indah sekali bang lokasi nya.

  5. suri says:

    rindu nsk bawa anak keluar mandi manda tapi tunggulah usia anak setahun ke enam bulan…risau bawa jalan masa anak masih kecil akan undang macam masalah nanti

  6. titan
    Twitter:
    says:

    peh, luas betul swiming pool dia tuh.

  7. suri says:

    wah sungguh seronok dapat berendam sekarang musim panas ya..

    terima kasih KM sebabn sudi ke blog saya boleh sini untuk sementara tunggu TM ok…ahai..thnks ya

  8. Kamal Mustafa says:

    @Topi Jerami : Ado 2 kolam untuk kanak-kanak.
    Kamal Mustafa recently posted…Beriadah Bersama Keluarga Di Rantau Eco Park.My Profile

  9. Kamal Mustafa says:

    @Akuoka : Rasanya boleh guna waze. KM guna google map ajo pun sampai hehehe.
    Kamal Mustafa recently posted…Beriadah Bersama Keluarga Di Rantau Eco Park.My Profile

  10. topijerami says:

    Besarnya kolam nya…siap ad khas utk budak2 lg 2

  11. akuoka says:

    Kalau waze jumpa x bro?

  12. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Ada 3 kolam, 2 utk kanak2 dan 1 untuk dewasa.
    Kamal Mustafa recently posted…Beriadah Bersama Keluarga Di Rantau Eco Park.My Profile

  13. akubiomed says:

    Besar betul kolam mandinya. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top