Benarkah Hang Tuah Wujud?.

Benarkah Hang Tuah Wujud

Ahli akademik kemuka hujah Hang Tuah wujud

DAKWAAN tokoh akademik dan sejarawan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang membangkitkan persoalan mengenai kesahihan kewujudan Hang Tuah menimbulkan polemik dan perdebatan hangat di kalangan tokoh ilmiah, budaya dan masyarakat tempatan.

Januari lalu, Dr Khoo dilaporkan meragui kebenaran di sebalik kisah keperwiraan pahlawan Melayu tersohor itu yang sinonim bersama empat sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Khoo turut menyentuh soal hubungan jalinan diplomatik di antara Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming, China yang membawa kepada perkahwinan Sultan Mansur Syah, Sultan yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477 dengan Hang Li Po.

Puteri kepada Maharaja Yongle, Maharaja ketiga dari Dinasti Ming yang memerintah China bermula daripada 1402 hingga 1424 dikatakan pernah dimasyhurkan sebagai isteri kelima Sultan Mansur Syah.

Perkahwinan jurai keturunan wangsa Raja China dengan pembesar atau pemerintah daripada negara asing adalah peristiwa penting yang pastinya akan terakam dalam pustaka sejarah negara China.

Tegas Khoo, adalah mustahil perkahwinan Hang Li Po dan Sultan Mansur Shah tidak tercatat dalam sebarang rekod yang tersimpan di istana negara China.
Logik di sebalik dakwaan kewujudan Hang Tuah tambah diragui kerana sebarang bukti yang dikaitkan mengenai kehidupannya hanya bersandarkan dalil, hujah serta cerita mulut atau proses-verbal turun-temurun yang tidak konkrit dan nyata.

Adikarya klasik agung seperti Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan Sulalatus Salatin menukilkan keunggulan serta kehebatan Hang Tuah dengan gambaran kesempurnaan yang muluk-muluk juga tidak mampu menyokong natijah kewujudan Hang Tuah di bumi Melaka.

Hang Tuah Sebutir Lazuardi Di Persada Tamadun Bangsa.

Maka, pada 28 Februari lalu bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, Kerajaan Melaka bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menganjurkan Seminar Antarabangsa: Hang Tuah Sebutir Lazuardi Di Persada Tamadun Bangsa sempena 750 tahun kewujudan Melaka di peta dunia.

Hang Tuah diangkat sebagai subjek seminar menjadi dasar pembicaraan tujuh cendikiawan daripada universiti dalam dan luar negara membuat analisis terhadap tajuk yang diketengahkan untuk diwacanakan secara tuntas dan komprehensif.

Perasmian seminar itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam. Acara itu menerima penyertaan daripada 1,080 orang peserta yang hadir dengan satu objektif, untuk menyelami watak serta keperibadian manusia bernama Hang Tuah dan mengakui kebenaran serta hakikat kewujudannya.

Ketokohan Laksamana Hang Tuah di sebalik keagungan empayar agung dunia seperti Melaka sebagai sebuah pusat maritim antarabangsa terbesar dan termasyhur di alam Melayu pada abad ke-15 seharusnya menerima pengiktirafan yang sewajarnya.

Mohd Ali dalam ucapannya sebelum perasmian seminar menyorot kembali lembaran sejarah kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan entreport yang aktif dan kaya.

Tambah Mohd Ali, gelaran laksamana yang dianugerahkan kepada Hang Tuah serta status tertinggi dalam wilayah maritim Melaka adalah bukti martabat dan kedudukannya di mata masyarakat dan komuniti pedagang ketika itu adalah tinggi dan terhormat.

Hang Tuah Pikul Tanggungjawab Besar Bina Empayar Melaka Serta Sebar Syiar Islam

“Peranan Hang Tuah amat besar terutama dalam menyebarkan agama Islam ke beberapa negara seperti Majapahit, Pahang, Siak dan Kampar. Kesetiaannya terhadap Sultan Melaka menyebabkan ada pihak yang cemburu sehingga menimbulkan fitnah di kalangan orang besar Melaka.

“Kini ada pihak yang sangsi kesahihan kewujudan Hang Tuah dengan menyatakan ia adalah mitos. Namun begitu, kita meyakini kewujudan manusia Hang Tuah dalam empayar Kerajaan Melayu Melaka berasaskan sumber utama iaitu karya agung Sejarah Melayu. Sejarah Melayu adalah sumber pribumi yang tepat untuk membuktikan kewujudan Hang Tuah,” katanya.

Kredit Info & Image : bharian.com.my : Benarkah Hang Tuah Wujud?.

Update 07/12/2015

Hang Tuah Wujud

Penemuan dua penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai bukti terkini kewujudan Laksamana Hang Tuah diharap dapat menafikan pandangan sesetengah pakar sejarah yang mengatakan kononnya kisah pahlawan legenda Melayu itu mitos.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Prof (Adj) Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata, selama ini kewujudan Hang Tuah bersandarkan kepada beberapa nukilan tempatan, antaranya Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

“Walaupun penemuan fakta terbaru itu belum dapat disahkan kerana penyelidik terbabit perlu bertemu pakar sejarah serta meneliti manuskrip lama di Sepanyol dan Portugal, sekurang-kurangnya kita ada penemuan terkini mengatakan Hang Tuah wujud sekali gus menolak pandangan mereka yang mengatakan kisahnya mitos.

“Memang kita tidak boleh nafikan ada ahli sejarah Malaysia yang berpandangan Hang Tuah hanya mitos, mungkin disebabkan terlalu banyak tokok tambah seperti mempunyai kesaktian dan hidup sehingga ke hari ini,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai fakta yang tercatat di dalam buku Notes of Leonardo da Vinci mengenai pertemuan antara pelukis potret Mona Lisa, Leonardo da Vinci dan Hang Tuah di Eropah antara 1503 hingga 1506 sekali gus membuktikan pahlawan legenda Melayu itu benar-benar wujud.

Dalam catatan itu, da Vinci menulis ‘saya melukis kenderaan selepas berjumpa dengan orang kaya Melaka’ dan perkataan selepas itu tidak jelas sama ada disebut laksamana atau Hang Tuah.

Penemuan terbaru itu didedahkan Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM Dr Rohaidah Kamaruddin dan Profesor Linguistik Melayu dari fakulti sama Prof Emeritus Dr Hashim Musa.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Jamil berkata, beliau menghargai sumbangan kedua-dua pensyarah berkenaan dalam kajian pahlawan Melayu itu sehingga menghasilkan buku Hang Tuah: Catatan Okinawa yang menceritakan mengenai kewujudan laksamana tersohor itu ketika zaman kegemilangan Empayar Melaka.

Sumber : Metro

1,356 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

9 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Pogun Sabah says:

    Melayu seringkali dinaungi dgn cerita2 mitos. Terlalu banyak cerita rekaan yg menjadi cerita lisan turun temurun.

    *…..sebahagian komen terlalu sensitif untuk disiarkan……….*

  2. rahman says:

    hang tuah paling kacak tetap p ramlee.. 🙂
    rahman recently posted…Imam muda musim ke 3My Profile

  3. anon says:

    Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan Melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

  4. rahman says:

    hang tuah makan kit kat haha
    rahman recently posted…Konsert reunion CromokMy Profile

  5. titan
    Twitter:
    says:

    mitos atau tidak. hang tuah tetap kacak.
    titan recently posted…Pertarungan epik dua lelaki kacak.My Profile

  6. rahman says:

    lebih mengagumi Hang Jebat
    rahman recently posted…Menteri besar Pahang dan isu LynasMy Profile

  7. iza says:

    Assalam..
    Try baca penulisan Munsyi Abdullah..
    iza recently posted…Nak Online Juga.My Profile

  8. anif
    Twitter:
    says:

    Wujud.. 😀

    Cuma kelemahan orang melayu ialah merekod. Jadi tanpa rekod ia sentiasa menjadi persoalan dan polemik!
    anif recently posted…Berblog Secara Serius? Banyak Yang Perlu DikorbankanMy Profile

  9. akubiomed says:

    Walaupun kewujudan Hang Tuah ini mitos ia satu kebanggaan mempunyai pahlawan Melayu yang disegani dan berkarisma.
    akubiomed recently posted…Selamat tinggal kekasihkuMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top