Siapa Bekas pelajar AF5 Ditahan Positif Dadah.

Siapa Bekas pelajar AF5 Ditahan Positif Dadah

Bekas pelajar AF5 Ditahan Positif Dadah

SEREMBAN 17 Julai – Seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) bersama tiga rakannya ditahan dalamserbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri di sebuah pangsapuridi Kampung Sentosa, dekat sini hari ini.
Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, bekas pelajar berusia 23 tahunitu didapati dalam keadaan khayal bersama tiga rakannya yang berusiaawal 20-an.

Pengarah AADK Negeri Sembilan, Abdul Rahman Hamid berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan aduan orang awam.
“Hasil ujian air kencing, mereka didapati positif dadah jenis kanabis.

“Kita dapati seorang daripada suspek merupakan bekas pelajar AF5 dan pelakon, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan dan dua lagi penganggur,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, buat masa ini, mereka akan ditahan reman sebelum diambil tindakan selanjutnya.
“Kita telah memaklumkannya kepada pihak polis dan tindakan tetapakan diambil tanpa mengira status apabila melibatkan soalpenyalahgunaan dadah.

Siapa Bekas pelajar AF5 Ditahan Positif Dadah

“Bagaimanapun, perkara ini mendukacitakan kerana suspek seorang yang dikenali ramai dan seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat,” ujarbeliau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten KomisionerSaiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.“Memang ada tangkapan dibuat tetapi kes itu di bawah siasatan AADK negeri,” katanya.

Kredit Info : utusanmalaysia.com.my : Bekas pelajar AF5 Ditahan Positif Dadah.

1,613 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top