Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan.

Buko, sahur, buko, sahur dah 22 hari ghosan eh kito berpuaso. Camno goyang tidak bodan tue. KM alhamdullilah setakat hari ini ok lagi. Walaupun ada jugak ahli keluarga yang domam dan selemo berjangkit-jangkit dari sorang ke sorang. Poso masih terpelihara laie.

Bazar Ramadhan Port DicksonSebonar eh KM bukanlah nak cerito pasal domam doh. Nie haa pasal Bazar Ramadhan yang melambak sekarang nie. Tahun ini galak jugak KM poie ke Bazar Ramadhan. Bulan poso balik awal 1 jam. Poie bazar Ramadhan untuk boli sejenis dua juadah untuk berbuka puasa .

Disamping itu jugo buleh yo nak tengok kok ado juadah-juadah polik-polik. Bulan poso macam-macam juadah yang dijual yang kito tak pernah tengok macam kuih losung batu dalam rancangan Majalah 3 Isnin kemarin.

Kuih losung batuKalau ke Bazar Ramadhan, juadah yang selalu KM boli ialah, nasi kerabu, laksa, murtabak dan ayam percik. Kalau kuih muih tue karipap, tepung pelita dan cara berlauk. Kalau nak ikutkan hati memang semuo nak dirahso. Itulah hikmah berpuaso mengajar kito supayo bersabar dan mengawal nafsu. Dalam situasi KM nie nafsu makanlah.

Bazar RamadhanKM pasal makanan nie cerewet sikit. Nak boli sesuatu tue kono telek botul-botul. Bukan apo kok ado sedaro yang bertenggek. Selalu terkono kek KM. KM takkan boli makanan display (macam gambar kek ateh tue ha). Selalu eh boli makanan yang kito mintak baru bungkus atau yang dah dibungkus macam laksa tue. Lagi satu yang ponting peniaga tue mesra orang tak?. Kalau mesra selalulah KM singgah.

Apa pun rogho juadah di Bazar Ramadhan tahun nie sedikit mahal. Rasa tidak berbaloi pulak kalau beli. Kuih muih sekeping 40 sen tapi saiz kecik sangat. Kalau dahulu RM1 (3 biji) sekarang nie RM2 (5 biji). Kono jugak beli RM2 tak perlu cari duit kocik bilo nak bayar ngam-ngam ajo.

Nak jimat buat juadah berbuko sendiri kek ghumah.

Resepi Tauhu Gantung Berinti Disini

Camno pulak Bazar Ramadhan sekitar korang, pueh hati?

1,557 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

10 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. suri says:

    ingatkan KM nak belanja kami tadi
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  2. suri says:

    erk..benar menguji kesabaran saya..sebab saya tengah puasa 6 dah
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  3. suri says:

    nasi ayam nampak sedap
    suri recently posted…http://blogkering.comMy Profile

  4. Rina says:

    Setiap bulan ramadhan saya juga sering mengunjungi bazar-bazar yang ada di daerah saya dan bahkan dulu sempat juga ikut jualan hehe.. 🙂
    Nice share dan selamat menikmati ya …

  5. Kamal Mustafa says:

    @Aku Biomed : Iyo KM pun paie boli makanan yang samo ajo. Laksa, Taufu Fa, Kerabu Manggo, ayam percik, nasi kerabu
    Kamal Mustafa recently posted…Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan.My Profile

  6. Kamal Mustafa says:

    @Hafiz : Iyo ado member KM boli kari kepalo ikan, sampail RM18. Mencokik darah botul
    Kamal Mustafa recently posted…Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan.My Profile

  7. Kamal Mustafa says:

    @Faizul : Terimo kasihlah bertandang kek blog Ese nie haa. Iyo kek mano-mano pun memang maha. Masalah eh kalau maha sodap takpo, ini hampeh
    Kamal Mustafa recently posted…Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan.My Profile

  8. faizul
    Twitter:
    says:

    bazar tompek den kocik… nak cari’an lauk tu mmg banyak la tapi rego eh maha boto.. tang kuih pun samo gak. Duo inggit limo ketol yo.

    oh ye, den dok kek raub.

  9. hafiz
    Twitter:
    says:

    Memang mahallah km, biasa ikan keli masak lemak cilipadi seekor rm 3 je, skrg dah rm 4….

  10. akubiomed says:

    Seperti tahun sebelum-belum boleh kira hanya berapa kali ke Bazar Ramadhan. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top