Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan 2015

Assalammualikum,

Copek amek maso berlalu. Alhamdullilah masuk hari nie 12 hari dah kita berpuasa. Camno puaso korang setakat nie, ok tak. Pada korang yang follow facebook, twitter, atau instagram KM pasti korang tertanya-tanya kenapolah KM takdo update apo-apo. Bukan takdo langsung cumanya KM taknak upload gambar makanan dalam bulan puaso nie. Setakat nie masih boleh tahan laie.

BAZAR-RAMADHAN

[ Image Via : Google.com ]

KM nak cerita sikit pasal bazar ramadhan kali nie setakat yang KM dah pergi.  80% mendukacitakan. Kalau nak berniaga, nak pulak berniaga makanan janganlah nak fikir untung aja tapi kualiti hampeh.

Bazar Ramadhan di tempat KM tapaknya tahun nie di hadapan Giant Lukut. KM pun belilah mee goreng kawah. Ala… yang masak pakai kuali leper yang besar tue. Satu letak telur, satu laie kosong. Semuanya RM5.80 harga kira oklah. Kemudian ternampak pulak air katira. Hurmm…belilah 1 tanpa ais. Masa berbuka, Allah…. mee goreng eh tak bergaram dan terasa berkapur. Air katira tak bergula. Air bolehlah ditambah gula tapi mee goreng tue tak boleh dimakan. Terpaksa buang. Geram pulak rasanya kenapolah orang berniaga macam nie. Tak boleh ke berniaga elok-elok sikit.

KM bulan puasa kalau berbuka jarang makan nasi. Menu pilihan mee hoon goreng. Hari-hari makan mee hoon pun takpo. Dah 2 tempat bazar Ramadhan KM pergi. Di Senawang (Dekat Petronas) dan di Lukut. KM perhatikan memang orang tak nak jual mee hoon goreng agak eh. Bazar Ramadhan Senawang punyelah ramai, 1 orang aja yang menjual mee hoon tue pun hampeh jugak rasanya. Kat Bazar Ramadhan Lukut hurmm… bayang mee hoon goreng pun takdo. kenapo agak eh. Sabar ajolah….

Kebanyakkan yang berniaga menjual makanan yang sama ajo. Berlambak pulak tue. Boleh habis ke?. Takut kalau-kalau diorang nie recycle semula untuk jual hari esoknya.

Oh ya rata-rata kurang orang jual putu piring dan putu bambu. Ado potensi besar berniaga kalau tahu caranya.

Psst : buleh yo masak sendiri mee hoon tue, tapi sesekali nak yo rhaso air tangan orang lain.

342 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @AkuBiomed : Betul tue Bro Azrin, Sey pun naik maleh nak ke Bazaar Ramadhan. Manjang terkono ajo.
    Kamal Mustafa recently posted…Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan 2015My Profile

  2. Bloggedewek says:

    Ditempat saya juga akan ada bazar ramadhan nih…

  3. Bloggedewek says:

    Waah keren nih… bisa saya kunjungi nih ya…

  4. akubiomed says:

    Jarang bazaar Ramadhan kerana kecewa dengan mutu makanan. 🙁

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top