Bayam Baik Untuk Kesihatan Mata

KIsah Bayam dengan Raja Bersiong.

BAYAM sangat dikenali diseluruh dunia, ia merentasi benua dan tamadun manusia. Lebih popular lagi,apabila watak kartun ‘popeye’ yang memakan bayam untuk menjadi kuat dan menewaskan musuh-musuhnya. Dalam legenda masyarakat Melayu juga ada memperkatakan kelazatan bayam yang menjadi santapan Raja Bersiong. Cerita legenda ini menyebut bayam sebagai hidangan yang menjadi penyebab terhadap peristiwa yang menimpa raja Melayu ini. Samaada benar atau tidak bayam menjadi cukup sinonim dengan kisah Raja bersiong ini. Secara saintifiknya bayam dikenali sebagai Amaranthus sp dan berasal dari keluarga Amaranthadease.

Di Malaysia ia amat mudah ditemui dan menjadi kegemaran kepada ramai orang tidak kira apa etnik sekalipun. Hidangan bayam dimasak dengan berbagai-bagai cara mengikut selera bagi yang menggemarnya. Bayam biasanya dikenali dengan dua jenis yang biasa iaitu bayam merah dan bayam hijau. Ia membiak melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong daripada kelompok herba semusim.

Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berbentuk bulat namun ia tidak terlalu ketara membezakan rasa dan khasiatnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh subur dikawasan tanah gambut, berair dan bekas lombong yang memiliki PH antara 5.5 hingga 6.5. Kawasan-kawasan ini yang banyak terdapat di Malaysia, oleh itu tidak hairanlah bayam menjadi antara hidangan sayuran utama masyarakat di sini.

Selain tanah yang sesuai, bayam juga memerlukan air yang banyak untuk proses pertumbuhannya. la perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali sehari dan sesuai dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis. la juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang terlalu panas atau kering.

Bayam Kaya Dengan Zat Tenaga.

Bayam mengandungi komposisi zat yang terdiri daripada tenaga iaitu kandungan paling banyak di dalamnya selain air, protein, lemak, karbohidrat, serabut, abu, kalsium, fosforan, besi, natrium kalium, betakaroten, vitamin B1, vitamin B2, niadin dan vitamin d. Kandungan zat dan nutrien ini menjadikan bayam antara hidangan sayuran yang paling baik dan lengkap dalam gizi makanan selain rasanya yang sedap dan lazat.

Hidangan bayam yang dimasak dengan cara yang betul amat baik untuk kesihatan mata dan membantu mengekalkan kesihatan mata. Selain itu ia sesuai untulk kulit dan memberi tenaga kepada tubuh manusia. Secara tradisionainya bayam dikenali sebagai sayuran yang boleh menyejukkan badan.

Makanan Berasaskan Bayam.

Di negara Barat, bayam sangat popular bukan sahaja dimakan sebagai sayur tetapi juga dijadikan sup dan pelbagai hidangan lain. Boleh dikatakan setiap sajian makanan mereka di barat mengandungi bayam. Bagi penggemar stek, bayam selalunya dijadikan hidangan sampingan dan digoreng menggunakan minyak bijan dan lada hitam.

1,105 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

8 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Salam bro kamal,

    Terima kasih atas perkongsian tentang artikel kesihatan ini.Cuma sedikit penambahan daripada saya,iaitu bagi mereka yang pernah mempunyai penyakit batu karang,eloklah dielakkan untuk memakan sayur bayam ini.

    Ini kerana di dalan sayur bayam terdapatnya suatu zat yang dipanggil sebagai asid oksalik.Tetapi bagi mereka yang sihat,tiada masalah untuk mengamalkan memakan sayur ini kerana kandungan zat yang terdapat di dalamnya.

  2. zik says:

    untuk mata ya.. bagus2x.. kat sini nak cari bayam susah sikit…
    zik recently posted…Engku Ibrahim- penyimpan mohor-mohor diraja Bersara hari ini- warrrghh!!My Profile

  3. intankuterpilih says:

    bayam bukan saje menyihatkan mata malah menambahkan darah…

    masa aku dlm pantang, selalu juga mak rebus bayam letak halia dan lada hitam…
    intankuterpilih recently posted…Tips Menjadi Lelaki RomantikMy Profile

  4. Kamal Mustafa says:

    Belum pernah cuba lagi nie.sodap ko?

  5. Kamal Mustafa says:

    Singgah diterima….thank coz singgah kek blog KM.

  6. Bayam ni sedap kalu letak dalam megi.

    Megi + ayam + telur + bayam + halia + sos sotong + daun sup. Pergh… rasa macam beli kat kedai je.

  7. akubiomed says:

    Sayur bayam adalah antara sayur yang saya tidak digemari ketika kecil dahulu. Emak selalu guna alasan Popeye makan bayam jadi kuat tapi tetap tidak menjadi.

    Cuma bila dah tua-tua baru minat makan sayur dan tak makan ikan pula
    akubiomed recently posted…Google Friend Connect blog AkuBiomed cecah 100 ahliMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top