Bagaimana Serbuk Penaik Berfungsi.

Serbuk penaik

Serbuk Penaik Bahan Wajib Dalam Kek Dan Roti.

Kepada mereka yang gemar membakar kek atau roti pasti tahu apa dia serbuk penaik. Sudah menjadi kemestian apabila membuat kek atau roti serbuk penaik menjadi bahan wajib yang perlu ada. Oleh demikian agen penaik seperti serbuk penaik (baking powder) digunakan. Serbuk penaik menjadikan kek atau roti anda gebu dan lembut.

Apakah Sebenarnya Serbuk Penaik?

Serbuk penaik merupakan bahan penaik kimia berbentuk serbuk kering yang digunakan untuk menambah isipadu atau meringankan tekstur produk pastri seperti kek, mufin, skon dan biskut.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Bahan-Bahan Dalam Serbuk Penaik.

Baking powder mengandungi serbuk soda, garam-garam asid (aluminium krim tartar dan natrium sulfat) dan ditambah tepung jagung yang berfungsi untuk menyerap sebarang lembapan.

Apabila anda menggunakan baking powder untuk membuat kek dan sebagainya adalah lebih baik mengayaknya bersama dengan bahan-bahan kering dahulu sebelum dibancuh dengan bahan-bahan lain supaya produk yang anda bakar itu akan naik dengan sekata.

Kredit Info : utusan.com.my : Bagaimana Serbuk Penaik Berfungsi.

1,768 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. titan
    Twitter:
    says:

    kalau kita telan aje, perut meletup tak? hehe..
    titan recently posted…Komisen ke 90 dari TNXMy Profile

  2. anif
    Twitter:
    says:

    Terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi baking powder, meningkatkan risiko stroke!

    Maklumlah komponen asasnya adalah garam a.k.a sodium! Jadi berpada-padalah..
    anif recently posted…Berblog Secara Serius? Banyak Yang Perlu DikorbankanMy Profile

  3. akubiomed says:

    Saya gunakan serbuk penaik dan cuka untuk membersihkan grease yang menebal di saluran longkang. Ia adalah pencuci mesra alam.
    akubiomed recently posted…My Pinky Moments Contest – EyriqazzMy Profile

  4. rahman says:

    ini ker yang buat badan jadi naik 🙂
    rahman recently posted…Melia Aimelia dakwa foto lucah palsuMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top