Ayam Panggang Sri Lukut

Sejak raya hari tue. Den bukan main bersemangat laie membakar ayam. Maklumlahkan… omak den baru boli oven baru, tue yang test panggang ayam tue. Den bab masak memasak nie kiro bulehlah. Bukan nak riaklahkan,tapi kalau campak kat mano-mano boleh hiduplah. Macam pokok ubi kayu,cubo korang patahkan batang eh dan campak kemano-mano. Gerenti den jamin buleh idup punyo.

Resepi Ayam Panggang Sri Lukut

Nie hasil eh bilo dah masak. tak cukup pulak tue. Nak lak bilo anak buah dan adik beradik ado kek rumah, berebut -rebut. Takpo nanti pak long panggang laie yo.Haa kalau korang nak cubo nie den bori resepi eh. Cubo jangan tak cubo. Gerenti jadi punyo. Surprisekan ahli keluargo korang yo. Alahai…pandai anak  omak masak.Hu hu hu.

Ayam Panggang Sri Lukut. (Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam)

1 ekor ayam – potong ikut suko

2 sudu minyak zaitun/minyak kelapa.

1 sudu jus limau nipis.

1/2 labu bawang putih – ditumbuk.

2 inch Halia – ditumbuk.

1 bungkus serbuk cili – 1 paket 70 sen

1/2  sudu herba Rosemary – Ado jual kek Pasarayo.

1/2  sudu herba Thyme – Ado jual kek Pasarayo.

Ayam panggang Sri Lukut

4  sudu Sos  Tiram.

5 sudu sos tomato.

4  sudu madu lebah.

Cara Memasak

1 – Kacau minyak zaitun/kelapa dengan jus limau sampai sebati dalam 1 mangkuk.

2. Kemudian campurkan semua bahan yang lain bersama dan kacau sebati.

3. Lumurkan semua bahan sebatian tadi pada ayam.tutupkan dan perap selama 6 jam dalam Peti ais.

4. Panaskan oven dan panggang ayam pada suhu 200 celcius selama 60 minit.

5. Bila masa panggang tinggal lagi 20 minit, keluarkan ayam dan sapukan lebihan bahan tadi (kalau berlebih) atas ayam dan turunkan suhu kepada 150 celcius.Dan panggang sampai cukup maso.

Selamat mencubo Ayam Panggang Sri Lukut

P/S : Ayam Panggang Sri Lukut nie sodap kalau buat sandwich.

1,583 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Saya kalau makan ayam goreng suka kalau dipotong kecil-kecil kemudian daging ayam dihiris-hiris supaya rempah yang akan diperap akan masuk didalam hirisan. Apa bila panggang saya suka garing-garing…huiii…

  2. Kamal Mustafa says:

    Boleh..boleh nanti sy amikan gambar nye k.

  3. suri says:

    adehh sodap tuh..

    tapi den tak tahu cam ner rupa bentuk bugkusan tu..

    -herba Rosemary
    -herba Tyme

    blh ko sahabat amik gambar masukkan dalam blog heee..

    teman tgok sedaplah pulak heeee..

    den dah masokkan link ekau ke dlm blog den.. ngheee..

  4. zik says:

    erm sedapnya… aduh lapar pulak pagi2 nie..huuh

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top