Asam Boi Dan Limau Kasturi Penawar Batuk.

Batuk… Makan Ubat Klinik Pun Tak Elok!!!

Assalammualaikum.

Bila kena batuk, kalau tak kuat takpe boleh tahan lagi. Tapi kalau dah kena batuk yang berterusan (batuk kong-kong bak kata orang) nak tidur malam pun susah. Kejang-kejang perut dek batuk. Pergi klinik dan bayar ubat sampai RM50, batuk tak jugak sembuh. Bila ubat klinik pun tak jalan, mulalah cari alternatif lain untuk merawat batuk. Untuk sesetengah batuk minum madu berkesan.

Asam Boi Dan Limau Kasturi Penawar Batuk.

[Image Via : ruangrindu-teman.blogspot.com]


KM dah seminggu kena batuk. Ubat klinik dah makan pun tak jalan. Makan 2 sudu madu tak berkesan sangat. Tidur malam..Allah seksanya. Kong..kong..kong batuk. Dahlah tidur tak lena, menganggu orang lain nak tidur pulak.

Makcik KM bagi petua untuk rawat batuk. Petuanya minum air asam boi dan limau kasturi. Alhamdulillah 3 kali minum batuk reda. Tidur malam kurang batuk dah. Huuih berkesan juga asam boi dan limau kasturi jadi penyembuh batuk.

Nie KM kongsi petua paling senang dan mudah untuk rawat batuk.

Air asam boi dan limau kasturi.

– 2 biji limau kasturi
– 3 biji asam boi
– 1/2 sudu gula
– air suam

– Perah limau + asam boi + gula + air. kacau dan minum.

Selamat mencuba.

11,108 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Serba Obat : Sama-sama kembali
    Kamal Mustafa recently posted…Asam Boi Dan Limau Kasturi Penawar Batuk.My Profile

  2. serba obat says:

    Terima kasih gan artikelnya sangat bagus

  3. Kamal Mustafa says:

    @zik : Itulah, biasa kat kedai2 mamak pun ado jaul air Asam boi dengan limau
    Kamal Mustafa recently posted…Asam Boi Dan Limau Kasturi Penawar Batuk.My Profile

  4. zik says:

    first time baca petua macam nih.. biasa minum madu.. tak pun minum air suam banyak2.. terbaik bro

  5. akubiomed says:

    Boleh dikongsi petua dan diamalkan nanti.

  6. IndoSosBook says:

    Terima kasi sudah berbagi artikel yang sangat bermanfaat, share Sosbok Dofollow

  7. Sani Sini Sana says:

    Tengok asam boi teringat pulak pelam asam boi..meleleh air liur..:-)

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top