Article : Tun Fatimah Srikandi Melayu Melaka

Kisah Tun Fatimah Di Filemkan.

Bila sebut sahaja nama Tun Fatimah ,pasti ramai yang terbayangkan kisah dalam filem Tun Fatimah keluaran Cathay-Keris Film dan diarahkan oleh Salleh Ghani.Perwatakan  Tun Fatimah lakonan Dato Maria Menado dalam adaptasi Salleh Ghani mempunyai wajah yang cantik,bersopan santun serta handal bersilat dan pandai menggunakan senjata.

Bagi kita rakyat Malaysia orang Melayu khususnya amat kenal dengan srikandi Melayu dari Melaka ini yang kisah hidupnya amat meruntun jiwa. Kisah hidup Tun Fatimah berkisar sekitar kurun ke 16. Beliau merupakan anak perempuan kepada Tun Mutahir, Bendahara Melaka pada ketika itu.


Perlabuhan Melaka Pada Kurun Ke 16

Asal Usul Tun Fatimah.

Di nyatakan bahawa Tun Fatimah berketurunan Tamil Muslim, ayahnya Tun Mutahir, merupakan Bendahara (Perdana Menteri) Melaka di waktu pemerintahan Sultan Mahmud. Tun Mutahir adalah dari keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga adik kepada Bendehara terkenal Tun Perak).

Sejarah Melayu mencatatkan bahawa  Sultan Mahmud telah lama berdendam kerana Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu beliau mempunyai seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan Mahmud cuma dapat tahu apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali.

Maka apabila ada yang menjaja cerita Tun Mutahir merancang untuk merampas takhta, ekoran fitnah dari Pembesar Istana Sultan Mahmud mengarahkan seluruh isi keluarga Tun Mutahir dibunuh tanpa periksa, termasuk suaminya Tun Ali kecuali Tun Fatimah.

Tun Fatimah Menjadi Permaisuri Melaka.

Tun Fatimah akhirnya berkahwin juga dengan Sultan Mahmud. Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang kelima hasil perkahwinannya dengan Sultan Mahmud dikurniakan empat orang anak, Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang kelima di antaranya adalah Raja Raden Ali yang akan memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.

Tun Fatimah adalah wanita Melayu pertama yang memimpin rakyatnya  sekali gus menjadikanya Permaisuri berdaulat yang karismatik. Dikatakan bahawa orang Portugis lebih takut kepada Tun Fatimah Permaisuri Melaka dari suaminya Sultan Mahmud .

Tun Fatimah  dikatakan telah membantu Tun Perak, seorang Bendahara Melaka, untuk memimpin Melayu dalam perjuangan mereka melawan kekuatan Portugis menyerang pada awal abad ke-16. Malangnya, orang Melayu telah kemudian kalah berperang dengan tentera Portugis yang mempunyai teknologi lebih kuat.

Menurut sejarawan Malaysia itu dikatakan ada pembesar istana Melaka yang memberi tahu rahsia kepada Portugis untuk menakluk kota, dan dengan demikian akhirnya membuat Melayu hilang kawalan mereka. Mungkin jatuhnya Melaka juga sebahagian kerana kekejaman Sultan.

Ketika Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511, Tun Fatimah telah mengasaskan kerajaan Melayu baru Johor-Riau dari Johor dan pulau-pulau Riau ke bahagian Sumatera dan Kalimantan. Kekuasaan Sultan Melaka  hampir terbatas . Tun Fatimah mencipta perikatan dengan tetangga kerajaan dengan membiarkan anak-anaknya berkahwin dengan keluarga kerajaan Aceh, Minangkabau dan Kalimantan.

Tiada sesiapa  yang tahu berapa lama un Fatimah hidup , serta bila dan di mana dia meninggal dunia. Namun, sejarawan Melayu Nusantara menunjukkan bahawa batu nisan Tun Fatimah terletak di Kampar, Riau di pulau Sumatera Indonesia.

1,485 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. anon says:

    Tun Perak ada penulisan mengenainya. Macam mana perspekif beliau?

  2. Kamal Mustafa says:

    @dada : People always laugh at history. Its anormal thing this day. Whether that history was right or not. some people take lessons from its, and some just ignored. Make comment about the history does not mean that we downgraded our own race. Some facts are difficult to accept. I might not see the whole facts. I knew It was there, but I respect your views.

    And Thank you for Visit My Blog…..Good Day.

  3. dada says:

    salam…

    betul ke Melaka kalah sebab teknologi Portugis lebih canggih?

    betul ke melaka melawan portugis dengan keris dengan lembing je?

    takkan pelabuhan terkaya di dunia tidak membuat pertukaran teknologi dengan negara yang berdagang di situ?

    this manipulated history totally make me laugh…along with people who believng it thus downgraded their own race…

  4. zik says:

    srikandi yang terbaik…

  5. suri says:

    salam..

    apa cerita tenatng melayu lama memanglah suri suka lebih2 lagi p ramlee

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top