Article : Sabun Oh Sabun

Ok hari nie den nak cerita sikit pasal sabun.Teringat pulak adengan Arwahyarhan Ibrahim Din dalam filem arahan Tan Sri P.Ramlee Laksamana Do Re Mi,

sabun dibilik mandi sabun…..sabun dibilik mandi sabun…..

sabun….sabun….

Mandi dan sabun memang tak dapat dipisahkan.Mana taknya kalau mandi tak bersabun macam minum kopi tak bergula.Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi kita seharian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan dan serbuk. Kebanyakan campuran sabun ani adalah sebatian sodium atau garam potassium dari asid lemak yang boleh dihasilkan dari minyak atau lemak dengan bertindak balas dengan alkali (seperti sodium atau potassium hidrosida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikation. Lemak atu adalah hidrolisis oleh bahan asas, menghasilkan glykerol dan sabun kasar.

Sebelum mengenal sabun, manusia dikatakan mandi dengan menggosokan badan dengan batu-batu halus untuk menyingkirkan kotoran di tubuh. Agar kulit harum dan halus, mereka menaburkan kuntum mawar, melati, kenanga, sirih, dan minyak zaitun ke dalam air. Kebiasaan ini masih berterusan hingga 1980-an.Boleh dikatakan pada era ini nenek kebayan memang bayak buat duit dengan menjual minyak wangi untuk mengharumkan badan.

Dalam sejarah, alkali yang digunakan adalah potash dihasilkan daripada pembakaran bahan tumbuhan seperti abu kayu. Sabun ini dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Ada juga sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton.

Cuba banyangkan jika tiada sabun? Badan kita mungkin akan berbau, kotor, dan mungkin terkena penyakit kulit.

Berdasarkan ukiran yang terdapat pada tembikar peninggalan tamadun Babylon, bahan-bahan yang terkandung dalam sabun telah dimanfaatkan sejak 2.800 SM. Dalam Papirus Eber, dokumen tentang kesihatan Mesir Kuno tahun 1.500 SM, masyarakat Mesir Kuno menggunakan kombinasi minyak haiwan atau sebatian dengan garam alkali digunakan untuk menyembuhkan penyakit kulit dan membersihkan badan.

Masyarakat di Eropah Utara, pada abad pertengahan, baru mengenal sabun cair tapi baunya kurang enak. Pada abad ke-13 jenis sabun keras mulai diekspot ke Eropah. Teknologi pembuatan sabun juga ditransfer ke Italia dan Perancis selatan semasa era Renaissance. Di England, menunjukkan lebih dari 180 orang terlibat dalam bisnes sabun. Bisnes sabun mendapat tempat yang istimewa di England. Pada 1622 Raja James memberikan hak monopoli kepada seorang pembuat sabun dengan membayar pendapatan $100.000 setahun.

Salah satu perusahaan yang memperkenalkan sabun produksi industri adalah Unilever, merger antara perusahaan asal England, Lever Brothers, dan perusahaan asal Belanda, Margarine Urine. Produk sabun Unilever adalah Lifebuoy, Lux, Sweetmay, dan Capitol. Unilever membuka anak perusahaan di Jakarta pada 1931. Pesaingnya, P&G, produksi perusahaan Jerman, Dralle –yang pada 1940-an berubah nama menjadi Colibri dan diambil-alih Unilever.

Fakta Menarik Tentang Sabun

  • Perkataan”Soap” atau sabun diambil dari bahasa latin “Sapo”,Sapo merupakan nama sebuah gunung –ada juga yang menyebutnya bukit– dalam mitos Romawi Kuno, yang biasa menjadi tempat pemotongan haiwan korban dalam sesebuah upacara. Ketika hujan, sisa-sisa lemak haiwan itu tercampur abu kayu pembakaran dan mengalir ke Sungai Tiber di bawah gunung. Tak diduga, saat masyarakat sekitar sungai mencuci, mereka mendapati air mengeluarkan buih dan pakaian mereka menjadi lebih bersih.
  • Pada tahun 2008, Pertubuhan Bangsa-Bangsa menetapkan bahawa 15 Oktober setiap tahun sebagai Hari Cuci Tangan Pakai Sabun Sedunia.
  • Pada Tahun 1688 King Louis XIV dari Perancis telah menandatangani perjanjian dengan pengusaha sabun yang dikenali dengan nama signed “Colbert’s Edict”.Didalam perjanjian tersebut menyatakan pembuat sabun  mesti menhasilkan sabun dengan minyak zaitun asli sahaja.
  • King Louis XIV juga pernah menghukum mati tiga orang pembuat sabun kerana membuat kulitnya mengelupas. Takut ditimpa hukuman yang sama, beberapa pembuat sabun berusaha lebih serius untuk menciptakan sabun berkualiti baik.
  • Suatu ketika dahulu di England sabun dikenakan cukai yang amat tinggi kerana,sabun dikategorikan sebagai barang mewah.

77 total views, 1 views today

Tags: , , , , , , ,

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    sabun hari2 guna.. kalau mandi tak bersabun… lain macam jer… melekit badan… dibuatnya..so shokubutso… tiba2 lak..hehe
    zik recently posted…Ikan keliMy Profile

  2. akubiomed says:

    Tak selesa kalau mandi bersabun tanpa buih. Kalau anak-anak main sabun buat buih belon sampai tinggal setengah dikerjakan ;-)
    akubiomed recently posted…Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

  3. zool
    Twitter:
    says:

    wah.. bagi info pasal sabun ye.. bagus2 jarang orang tulis artikel camni

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top