Article : Pokok Getah Pertama Di Tanam Di Tanah Melayu

pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton

Pokok getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.

Pokok getah mampu mencapai ketinggian melebihi 30 meter. Lateks putih atau kuning terhasil dalam salur lateks pada kulit pokok, terutamanya pada floem luar. Saluran ini berpilin naik pada batang pokok menurut pusingan ke kanan yang membentuk 30 darjah pada ufuk.

Apabila pokok getah mencapai usia 5-6 tahun, penorehan boleh dilakukan: goresan-goresan dibuat secara ortogon pada salur lateks, dengan kedalaman yang hanya mencukupi untuk mengambil lateks tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Sap itu dikumpulkan di dalam baldi yang kecil. Pokok-pokok yang lebih tua menghasilkan lebih banyak lateks.

Pokok getah pada mulanya hanya tumbuh di Amazonia. Peningkatan permintaan dan jumpaan proses pemvulkanan pada tahun 1839 mendorong perkembangan yang pesat di kawasan tersebut, mengayakan bandar Manaus dan Belem. Nama pokok ini diambil daripada Para, negeri Brazil yang termasuk Belem.

Ciri-ciri fizikal Pokok Getah adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Licin, berwarna kekelabu-kelabuan, dan mengandungi lateks keruh yang menjadi keras ketika didedahkan kepada udara.
  • Daun: Licin, berwarna hijau kebiru-biruan, dan dibahagikan kepada tiga daun kecil sepanjang 1.5 sentimeter. Pada cuaca kering, daun menjadi kuning dan kemudian merah terang sebelum luruh.
  • Bunga: Kecil, berwarna kuning, berbau hapak, dan tumbuh dalam bentuk tangkai.
  • Buah: Keras, dengan tiga biji yang besar. Ketika masak, buah akan meletup menjadi tiga bahagian di atas pokok, dan memelantingkan biji-bijinya yang berat.
  • Biji: Warna biji mentah adalah hijau dan ketika masak, menjadi licin, dengan tompok-tompok bercapuk-capuk yang berwarna perang muda.

Sejarah Pokok Getah Di Tanah Melayu

Terdapat juga cubaan dilakukan pada 1873 untuk menanam getah di luar Brazil. Selepas berusaha, dua belas tunas tumbuh di Kebun Bunga Botani Diraja Kew. Pokok-pokok itu kemudian dihantar ke India untuk ditanam tetapi gagal.

Percubaan kedua dilakukan dengan sekitar 70,000 benih dihantar ke Kew pada tahun 1875. Sekitar 4% daripada benih-benih itu bertunas, dan pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar, dalam kes Wardian, ke Sri Lanka, dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura. Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British.

Pada tahun 1877, pokok-pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, Penguasa Botanical Gardens, Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low.

Bermula dari itu, penanaman pokok getah terus berkembang dan sehingga kini dianggarkan tanaman getah negara meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar. Bekalan yang pertama sebanyak 50 biji benih pokok dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura tetapi disebabkan oleh kelambatan di dermaga, usaha ini telah menemui kegagalan.

Bekalan kedua sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar. Kini, selepas lebih seabad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, kini telah menjadi bahan ekonomi yang penting di Tanah Melayu.

Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan.

1,257 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Oyong Ilham says:

    Pokok getah sekarang sudah tergantikan dengan pokok sawit….

  2. zik says:

    tak sangka ya.. yang pertama masih hidup lagi… pernah lalu jerla… pokok getak kat perak nie.. dulu… masa zaman diploma..huhu

  3. suri says:

    dulu masa den study kt kolej yayasan alor gajah den selalu g umah kawan den kat kolomak dalam..seingat den kat situ banyak pokok gotah hee…

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top