Article : Penang Free – Sekolah Pertama Dibuka Di Tanah Melayu

Pada tahun 1816, Sekolah Penang Free telah dibuka dengan rasminya. Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama di Persekutuan dan dengan penubuhannya, sekolah jenis ‘Free School’ 3 mula dikenali di negara ini.

Bagi Sekolah Penang Free, tenaga pendorong ke arah pembukaannya adalah atas daya usaha seorang paderi tentera, R.S. Hutchings. Beliau telah merayu kepada Kompeni Hindia Timur supaya sebuah sekolah dibina untuk anak-anak yatim piatu dan miskin tanpa mengira keturunan mereka. Paderi itu juga mengesyorkan supaya sekolah itu mempunyai asrama, bahagian lelaki dan perempuan dan menggunakan bahasa Vernakular Melayu, India dan Cina sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris boleh diajar kepada murid-murid tersebut jika mereka berminat.

Rayuan Paderi Hutchings telah mendapat sambutan bukan saja dari pihak kompeni malahan dari masyarakat tempatan. Sebuah jawatankuasa enam orang telah dibentuk dan pada 6 Februari 1816, jawatankuasa ini telah merangka garis panduan mengenai sekolah yang bakal didirikan itu.

Sehingga tahun 1817, pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan hampir $12 ribu, derma dari orang ramai. Manakala pihak kompeni menyumbang sebanyak $1,500 di samping bantuan tahunan sebanyak $2,400. Wang tersebut digunakan untuk membiayai pentadbiran sekolah. Sekolah ini tidak mengutip sebarang bayaran kecuali dari murid-murid yang berasal dari keluarga yang mampu.

Sekolah ini bermula dengan kumpulan murid seramai 25 orang dan menyewa sebuah rumah di Church Street, Pulau Pinang. Dalam tahun 1817, pihak kompeni menghadiahkan sekeping tanah dan rancangan mendirikan bangunan Penang Free di atas tapak itu telah dimulakan pada tahun 1819.

Penang Free beransur-ansur berkembang. Selepas sahaja ia ditubuhkan, sekolah ini berjaya mengadakan bahagian pelajar perempuan. Atas sebab-sebab tertentu, bahagian ini ditutup pada tahun 1821. la dibuka semula pada tahun 1828 hingga tahun 1851. Dalam tempoh itu juga wujud sekolah berasrama perempuan.

Di antara tahun-tahun 1821-1863 pula,  Bahagian Bahasa Melayu telah diadakan di sekolah itu. Cawangan-cawangan Bahagian Bahasa Melayu ini telah juga didirikan di Air Hitam, Bayan Lepas dan Glugor. Begitu juga halnya dengan Bahagian Bahasa Tamil dan Cina5.

Sekolah Penang Free menjadi sekolah bantuan Kompeni Hindia Tiirnur sehingga tahun 1866 dan selepas itu ia telah diambil alih oleh pemerintah Negeri-negeri Selat. Pada 1 Januari 1920, ia menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan. Pentadbirannya yang silih berganti tidak menjejaskan keupayaan Sekolah Penang Free untuk memberi corak pelajaran yang bermutu dan melahirkan tokoh-tokoh negara yang berwibawa, dari sejak ia ditubuhkan hinggalah ke hari ini.

1,387 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Rusnah Yuss says:

    Salam.
    Mohon izin utk buat rujukan. Terima kasih

  2. izwan macho says:

    eii…mzty lha ad….aq sk0la ney aww….
    bgga2..

  3. Kamal Mustafa says:

    Rasanya dah tukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free.

  4. zik says:

    nak tanya .. sekolah nie ada lagi ke sekarang ???

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top