Article : Masjid Djenné – Bangunan Dari Lumpur Yang Terbesar Di Muka Bumi

Masjid Agung di Djenné, Mali bukan sahaja bangunan lumpur terbesar di dunia , tetapi juga sebuah model arkitektur mesra alam yang berterusan. Meskipun pada saat masjid ini dibina semasa pemerintah kolonial Prancis pada tahun 1906, namun ciri-ciri gaya Afrika diterapkan pada bangunan masjid tersebut. Bahkan, masjid ini dianggap oleh banyak orang sebagai salah satu contoh gaya arkitektur terbaik yang ditemui  di daerah Sahel yang sangat kering dan daerah Sudan di  selatan Sahara, dimana pengaruh Islam sangat kuat. Contoh lain termasuk Masjid Agadez  di Niger dan Masjid Larabanga di Ghana.

(Umpama Istana Pasir Yang Besar)

(Dihadapan Masjid Terdapat Pasar Yang sibuk)

Pembinaan Masjid Djenné ini dianggarkan dibina antara tahun 1200 dan 1330. Hanya didengari cerita lisan tiada rekod awal ditemui tentang tarikh sebenar pembinaannya. Dokumentasi bertulis pertama ditemui tentang Masjid Djenné ini adalah pada tahun 1828 ketika pengembara dari Perancis  René Caillié melihatnya.

(Runtuhan Masjid Pada Kurun Ke 19 Pada Poskad Negara Perancis)

Masjid  ini selesai dibina hanya dalam satu tahun pada tahun 1907. Dengan mengunakan bata lumpur itu ia merupakan bangunan terbesar jenisnya di dunia. Kawasan masjid ini juga merangkumi dua makam di depan dinding timur, yang semakin besar berisi sisa-sisa bangunanan abad ke-18 Imam Almany Ismaïla. Sebuah kolam di sisi timur diisi dengan tanah . Daerah ini terdapat juga deretan rumah dan kawasan pasar minggu tersergam bersama dengan Masjid Lama Djenné yang telah diwartakan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1988.
(Keadaan Masjid Pada Tahun 1910)
Apa sebenarnya bata lumpur? Juga disebut adobe (tidak ada hubungannya dengan Software Adobe), merupakan bahan untuk bangunan yang benar-benar semulajadi. Dan apa salah satu yang menakjubkan! Terbuat dari pasir, tanah liat, air dan bahan, pengikat organik seperti jerami, kayu atau bahkan baja, struktur yang dihasilkan dikenal sangat tahan lama dan kokoh.
Ada dua alasan utama mengapa bahan-bahan untuk adobe ini dapat ditemukan di daerah beriklim panas di Afrika, Amerika Selatan, Timur Tengah atau di tempat lain.Pertama, pasir dan tanah liat yang tersedia ada dalam kuantiti yang banayk, kedua, bangunan adobe ini terkenak dengan sistem pengudaraan yang baik terutapa di negara yang  beriklim panas. Selain itu, pembuatan batu bata adobe memerlukan banyak kepanasan matahari unutk  membentuk menjadi  bata lumper dan kemudian untuk proses pengeringan
(Kerja-Kerja Membuat Bata Lumpur)
Platform masjid ini dibina dengan tapak seluas 75 m (245 kaki) di setiap sisi. Pintu masuk utama menghadap utara. Paling menonjol adalah tiga menara besar yang terlihat seperti menara. Masing-masing atasnya ada telur burung unta. Telapak Rodier batang menonjol keluar dari dinding yang digunakan untuk dekorasi dan berfungsi sebagai perancah untuk tujuan baik pulih tahunan.

Dari jauh kelihatan dengan sekilas pandang seperti struktur Istana Westminster?Memang tiada kene-mengena pun, tetapi kita boleh mengagak
siapa yang meniru siapa.
(Replika Masjid Yang dibina Di Perancis)

124 total views, 1 views today

Tags: , , ,

9 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Kamal Info : Beza Angin Pasang Dengan Sindrom Koro | April 21, 2014
  2. MAFnet.Com | April 21, 2012
  3. Masjid Agung Djenné, bangunan lumpur terbesar di dunia! | April 18, 2012
  4. Masjid Agung Djenné, bangunan lumpur terbesar di dunia! — Harian Metro Online | April 18, 2012
  5. Fakta-Fakta Menarik Tentang Masjid Djenné | December 20, 2011
  6. Fakta Menarik Tentang Masjid Djenné « Encik Payet | January 22, 2011
  1. zik says:

    menarik… sungguh menarik… sampai sekarang masih ada lagi…

  2. suri says:

    salam kawan..’sungguh cantik sekali. rasa nak tolong dia orang buat pula heee

  3. akubiomed says:

    Hebat sungguh tamadun islam zaman dahulu kenapa umat islam tak se-cemerlang umat islam terdahulu. Bayangkan pada semua kemudahan tidak serba kekurangan tetapi kemajuan sains merentas masa.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top