Article : “Bahá’í” Agama Baru Yang Lahir Di Iran

Agama Bahá’í ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka Bahá’u’lláh (1817 – 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia (Iran). Bahai merupakan salah satu dari beberapa ugama yang cuba menggabungkan beberapa ugama yang berlainan menjadi satu ugama, contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Balai Keadilan Bahai

Agama Bahá’í adalah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá’u’lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá’u’lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan, dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh kerana itu, walaupun Ajaran Bahá’í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

Amanat utama pesan Bahá’u’lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat

manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: “Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya”.

Agama Bahá’í berbeza dari agama Islam Syiah, tetapi muncul dari agama ini, seperti agama Kristian muncul dari agama Yahudi dan agama Buddha dari agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahá’í di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Info ini hanyalah sebagai pengetahuan kita sahaja. Kita umat Islam harus sentiasa berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan agenda Dajjal yang tujuan utamanya menyesatkan manusia.

370 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top