Apa Yang Kelakar Sangat Pasal Kangkung?

Kangkung Dalam Sungai Pak Mail.

Memetik kangkung dalam sungaiKM ingat lagi masa mula-mula berpindah di Lukut Port Dickson sekitar tahun 1991. Masa tue jalan masuk ke kawasan perumahan rumah KM nie ada satu aja. Masih kelihatan lagi pokok-pokok nipah yang gadang disekitar kawasan perumahan.

Berhampiran dengan kawasan perumahan ini ada sebatang sungai yang di beri nama sungai Pak Mail dan sebatang jambatan kayu uzur yang menghubungkan dua perumahan. Bersihnya sungai ini hinggakan kangkung yang tumbuh liar didalamnya menjadi makanan harian dan sumber menambah pendapatan kebanyakan penduduk.

Setiap hari semasa balik sekolah KM akan melalui jambatan. Apabila melalui jambatan ini, KM sering memerhatikan beberapa orang meraduk sungai ini untuk memetik kangkung. Mereka merupakan penduduk di perumahan KM. Ada juga KM sesekali menyapa mereka semasa sedang memetik kangkung. KM sendiri juga pernah meraduk sungai ini untuk memetik kangkung untuk dijadikan lauk harian.

Kangkung yang hidup dalam sungai ini memang subur dan gemuk-gemuk. Boleh dikatakan air sungai ini bersihlah. Tapi sekarang sungai ini dah tercemar sangat-sangat. Bau, bangkai binatang, sampah dan macam-macam lagi ada didalamnya.

KM sekarang kurang makan kangkung. Tidak macam Ayah KM yang amat suka makan kangkung. Kangkung goreng belacan, kangkung asam rebus, pecal kangkung. Pendek kata kangkung nie memang dah sebati dalam hidup Ayah. Ayah pernah bercerita kangkung telah menjadi makanan harian bersama adik-beradik seramai 8 orang.

Jenis Kangkung

Kangkung Jenis BasahAda dua jenis kangkung. Ada dua jenis kangkung, basah dan kontang. Kangkung di atas adalah kangkung air jenis basah. Ia mudah didapati di dalam sungai, di kawasan sawah padi dan paya. Kangkung jenis basah ini agak sedikit kasar.

Manakala kangkung kontang seperti dibawah ditanam diatas darat dan tumbuh menegak. Kankung jenis inilah yang banyak dijual di pasar-pasar.

Kangkung Jenis KontangKelakar Sangat Ke Ucapan Perdana Menteri Pasal Kangkung?

Apabila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib mention mengenai kangkung dalam ucapanya, ia menjadi bahan gelakkan orang. Apa Yang Kelakar Sangat Pasal Kangkung sampai ramai sangat orang yang edit gambar, share, like, comment di blog dan juga facebook.

Seriously buat lawak pasal kangkung memang tak kelakar langsung. Pada KM laaa

1,843 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Mus : Mereka yang ada masalah angin dalam badan, kangkung memang pantang dimakan.
    Kamal Mustafa recently posted…Cheezy Balls Ala KM.My Profile

  2. akubiomed says:

    Sayur kangkung antara sayur kegemaran saya.
    akubiomed recently posted…Berada di landasan yang betulMy Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    @Titan : Hrmmm masih terpinga-pinga 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Apa Yang Kelakar Sangat Pasal Kangkung?My Profile

  4. titan
    Twitter:
    says:

    sebenarnya, kangkung secara sendirinya tak kelakar.

    cuma yang buat jadi kelakar adalah cara PM kita mengaitkan situasi yang kurang sesuai dengan kangkung. Itu yang ramai orang ambil kesempatan untuk jadi bahan lawak.
    titan recently posted…SEDA Malaysia Blogger Site Visit – Melaka Worlds Solar Valley Tour (Part 1)My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top