31 Ogos

ayph
  • Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Malaysia  (1957) yang ke 53 tahun dengan tema ” 1 Malaysia Menjana Transformasi
  • Hari Kemerdekaan di Trinidad dan Tobago (1962)
  • Hari Kemerdekaan di Kyrgyzstan (1991).

  • 31 Ogos 1056Maharani Byzantine Theodora jatuh gering, beberapa hari kemudian mangkat tiba-tiba, tanpa meninggalkan anakanda untuk mewarisi takhta, maka tamatnya dinasti Makedonia.
  • 31 Ogos 1142 – Dengan bantuan Hiawatha dan Deganawidah, puak-puak Iroquois menubuhkan Gabungan Haudenosaunee.
  • 31 Ogos 1422 – Henry VI menjadi Raja England pada usia sembilan bulan.
  • 31 Ogos 1803Lewis dan Clark memulakan ekspedisi mereka ke barat dengan meninggalkan bandar Pittsburgh, Pennsylvania pada pukul 11 pagi.
  • 31 Ogos 1864Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan pimpinan Jeneral William T. Sherman melancarkan serangan di Atlanta, Georgia.
  • 31 Ogos 1876Abdul Hamid II (gambar) menjadi Sultan Empayar Uthmaniyyah apabila abangnya Murad V digulingkan.
  • 31 Ogos 1886 – Sebuah gempa bumi meragut 100 nyawa di Charleston, Carolina Selatan.
  • 31 Ogos 1897Thomas Edison mempatenkan projektor wayang terulung bernama Kinetoscope.
  • 31 Ogos 1907 – Count Alexander Izvolsky dan Sir Arthur Nicolson menandatangani Konvensayen St. Petersburg yang melahirkan perikatan Pakatan Bertiga.
  • 31 Ogos 1914 – Ecuador menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.
  • 31 Ogos 1915 – Brazil menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.
  • 31 Ogos 1920 – Dipimpin pasukan berkudanya, Angkatan Tentera Poland mengalahkan Tentera Merah Bolshevik dalam Pertempuran Komarów.
  • 31 Ogos 1920 – Rancanggan berita radio pertama disiarkan oleh stesen 8MK di Detroit, Michigan.
  • 31 Ogos 1939Jerman Nazi memperhebatkan serangan palsu terhadap stesen radio Peristiwa Gleiwitz, untuk mencari alasan menyerang Poland pada hari berikutnya, maka tercetusnya Perang Dunia II di Eropah.
  • 31 Ogos 1942 – Di Ternopil, Ukraine barat, pada 4.30 pagi, pihak SS JermanYahudi menjalankan pengusiran pertama dari ghetto Ternopil ke kem maut di Belzec, melibatkan seramai 5,000 orang Yahudi. Ketika Jerman menawan Ternopil, bandar tersebut diduduki kira-kira 18,000 orang Yahudi.
  • 31 Ogos 1943 – Kapal USS Harmon, kapal Tentera Laut Amerika Syarikat pertama yang dinamakan sempena orang berkulit hitam, ditauliahkan.
  • 31 Ogos 1948 – Pelakon Robert Mitchum ditahan dalam serbuan dadah di Hollywood. Tidak lama kemudian dia didapati bersalah atas konspirasi jenayah memiliki ganja lalu dihukum penjara selama 60 hari.
  • 31 Ogos 1957 – Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada United Kingdom.
  • 31 Ogos 1965 – Pesawat Aero Spacelines Super Guppy terbang buat julung kalinya.
  • 31 Ogos 1968 – Garfield Sobers menjadi ahli kriket pertama yang melakukan enam sixover.dalams satu
  • 31 Ogos 1978 – William dan Emily Harris, pengasas-pengasas Symbionese Liberation Army, mengaku bersalah kerana menculik pewaris syarikat akhbar Patricia Hearst pada tahun 1974.
  • 31 Ogos 1980 – Perjanjian Gdańsk ditandatangani.
  • 31 Ogos 1986 – Pesawat Aeroméxico Flight 498 terlanggar pesawat Piper PA-28 di atas Cerritos, California, mengorbankan 67 orang di udara dan 15 lagi di tanah.
  • 31 Ogos 1986 - Selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kapal samuderaKesatuan Soviet Admiral Nakhimov tenggelam ke dalam Laut Hitam dalam masa 7 minit sahaja.
  • 31 Ogos 1991 – Kyrgyzstan mengisytiharkan kemerdekaan dari Kesatuan Soviet.
  • 31 Ogos 1992 – Pascal Lissouba dilantik sebagai Presiden Republik Congo selepas satu pilihan raya parti berbilang sekaligus mengakhiri pemerintahan satu parti penyokong Marxisme.
  • 31 Ogos 1993 – Kapal HMS Mercury dihentikan setelah bertauliah selama 52 tahun.
  • 31 Ogos 1994 – Tentera Republik Ireland Sementara mengisytiharkan gencatan senjata.
  • 31 Ogos 1997Puteri Diana dan temannya Dodi Al-Fayed terbunuh dalam satu kemalangan kelajuan tinggi di terowong jalan Pont de l’Alma di Paris.
  • 31 Ogos 1998 – Korea Utara dilaporkan melancarkan satelit buatan pertamanya bernama Kwangmyongsong.
  • 31 Ogos 1999 – Letupan Pangsapuri Rusia pertama berlaku di Moscow, membunuh satu orang dan mencederakan 40 lagi.
  • 31 Ogos 2005 – Kejadian merempuh-rempuh di Jambatan Al-Aaimmah di Baghdad membunuh 1,199 orang.
  • 31 Ogos 2006 – Hasil seni lukis the Scream karya Edvard Munch yang dicuri pada 22 Ogos 2004, dicari semula dari satu serbuan oleh polis Norway. Lukisan-lukisan terbabit dikatakan lebih baik keadaannya berbanding dahulu.
Post ini telah dilihat sebanyak :5636
Did you like this? Share it:


300x250KunTaoBanner

2 Responses to “Apa Peristiwa Yang Berlaku Hari Ini : 31 Ogos”

Leave a Reply

CommentLuv badge

Bad Behavior has blocked 1329 access attempts in the last 7 days.