Apa Maknanya Intergriti tue?

Apa Makna Intergriti

Pagi nie mengelabah aku bila nak  terang kan pada boss aku bila dia tanya apa makna Intergriti.Bukan ape dia akan pergi kursus intergriti tak lama lagi anjuran CIDB Malaysia.Haa camne nak jawab soalan tue.So aku pun cubalah surf internet nak cari makna Intergriti tue.so aku dapatlah sedikit info…

Makna Intergriti dari Wikipedia

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.

Makna Intergriti dari Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif
Universiti Tun Abdul Razak
(UNITAR)

Integriti sebenarnya berasal dari istilah Inggeris yang mungkin tidak ada terjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa, DPB, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll. Kalau kita bayangkan maksud integriti ini, kita dapati ia begitu positif sekali. Seperti tabi’at lain, integriti juga merupakan sesuatu yang berasal dari roh yang baik. Ia datang dari dalam jiwa seseorang dan bukan boleh dilakonkan atau diperolokkan.

Sudah tentulah integriti merupakan suatu tabi’at yang sangat baik. Apatah lagi jika integriti ini gemilang.

Klik sini kalau nak tahu lebih mendalam makna Intergriti dari Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi

So apa makna intergriti apa korang?

1,067 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Gaya Hidup Islami says:

    Kalo di Indonesia sih integritas , menjunjung tinggi nilai kebersamaan dalam segala aspek kehidupan ….hehe
    Salam

  2. hasrul hashim says:

    pendapat sy integriti tu adalah perlambangan kpd konsep atau sikap saling bekerjasama antara hubungan etnik(cina,melayu,india)dlm konteks malaysia hari ini. integriti yg di uar uarkan PM bermakna semua masyarakat 1 malaysia saling bekerjasama dlm usaha menjana transformasi pembangunan rakyat dan negara bg mewujudkan negara bangsa 1 malaysia yg maju dlm semua aspek…

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top