Apa Kaitan MH370 Dengan RazakSAT.

Razaksat Mungkin Boleh Kesan MH370 Jika Berfungsi.

Sedang Malaysia menghadapi musibah yang menimpa MH370. Tiba-tiba keluar pulak cerita tentang Razaksat. Ada yang mengatakan jika Razaksat berfungsi dengan baik mungkin boleh dapat kenalpasti dimana MH370. Apa nak dikato, setahun selepas dilancarkan satelit RazakSat-1 didapati gagal berfungsi.

Satelit RazakSAT

RazakSat-1 Tidak Berfungsi.

RazakSat-1 yang telah dilancarkan ke angkasa dari Pulau Kwajalein pada 21 April 2010. Program RazakSat-1 telah memakan belanja sebanyak RM142 juta. Namun hanya setahun selepas dilancarkan satelit RazakSat-1 didapati gagal berfungsi. Sebanyak 1,328 imej beresolusi tinggi daripada satelit tersebut tidak boleh dipakai kerana terdapat ralat sehingga 37 km. Dalam kata lain, nak ambil imej Sungai Buloh, terambil pula imej Kuala Selangor yang sejauh 37 km dari sasaran.

RazakSat-2 Dalam Perancangan.

RazakSat-2 merupakan kesinambungan projek satelit pengimejan. Dikhabarkan kos RazakSat-2 telah meningkat ke RM271.9 juta. Apabila projek tersebut diumumkan pada 2011, ianya bernilai RM200 juta dan angka itu sudahpun merupakan lebih 40% peningkatan daripada kos RazakSat-1.

Apabila RazakSat-2 diumumkan pada September 2011 oleh bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr. Maximus Ongkili, beliau telah menyatakan bahawa satelit tersebut dijangka akan beroperasi menjelang 2015. Dah 2 tahun, apa perkembangan RazakSat-2?.

862 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Terbaca didalam akhbar yang kita tidak mempunyai kepakaran menghantar satelit ke angkasa tetapi kita mempunyai kepakaran untuk mengoperasi satelit.
    akubiomed recently posted…Kisah cuak keciciran Lens Hood Sigma di Teluk KemangMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top