Andrew Mayne Pun Follow KM.

Siapa Andrew Mayne?

Andrew Mayne adalah seorang ahli silap mata, pereka ilusi, dan pengarah filem. Telah menerbitkan dan menghasilkan lebih lima puluh buku, DVD, dan manuskrip mengenai silap mata. Dia dianggap salah seorang ahli silap mata paling prolifik lebih 10 tahun. Semasa remaja Andrew Mayne pernah bekerja di sarkas. Dari situlah dia menimba ilmu silap mata. Sebelum bergelar selebriti Andrew Mayne pernah bekerja dengan selebriti silap mata terkenal seperti David Copperfield dan David Blaine.

Screenshot 2014-05-28 10.02.47

Andrew Mayne juga merupakan penerbit iTricks.com dan pengacara Weird Things, beliau antara top 25 Natural Science podcasts di iTunes. Terkenal dengan silap mata yang menggabungkan sains dan misteri, antara ilusi beliau termasuk mengecut badan sehingga dua kaki tinggi dan minum cecair nitrogen.

Andrew Mayne Pun Follow KM.

Terkesima sekejap bila dapat email yang mengatakan Andrew Mayne follow KM di twitter. Apo sobab dio follow KM tak tahu pulak. Pada hal baru tengok rancangannya Don’t Trust Andrew Mayne di Astro Ch 709. Memang silap mata dia lain dari yang lain. Misteri….

Jangan Percaya Andrew Mayne.

Tayangan perdana Don’t Trust Andrew Mayne bermula pada 1 April lalu di 22:10 pada channel Lifetime (Astro Ch 709). Episod seterusnya akan disiarkan pada 9:40 di channel yang sama.

Laman Sosial Andrew Mayne

Website : andrewmayne.com/
Facebook: facebook.com/andrewmayne
Youtube : youtube.com/user/andrewmayne
Twitter : twitter.com/AndrewMayne

8,923 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Zik : KM…artis? jauh panggang dari api. Blog nie pun bukan blog popular macam blog haniz zalikha tue hahaha
    Kamal Mustafa recently posted…Andrew Mayne Pun Follow KM.My Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Hazmin Hamudin : Itulah… tak sangko pulak dio nak follow.
    Kamal Mustafa recently posted…Andrew Mayne Pun Follow KM.My Profile

  3. Hebat betul ni celebriti luar negara follow dekat twitter. Hehe.
    Hazmin Hamudin recently posted…Koleksi BukuMy Profile

  4. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Terbabas kot, tiba-tiba follow KM. 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Andrew Mayne Pun Follow KM.My Profile

  5. akubiomed says:

    Wah tidak sangka bro KM ada follower selebriti dari antarabangsa. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top