Akhirnya Bertukar Ke Astro Beyond.

Melanggan Astro Beyond.

Assalammualikum, KM tidak ingat bila tarikh mula-mula pasang astro dulu. Kalau tak silap masa tue Akademi Fantasia kedua baru nak bermula. Yang KM ingat faktor yang menyumbang kepada pemasangan Astro pada masa itu ada 2.

Bertukar Ke Astro Beyond

Pertamanya guna TV plasma 32”. TV dah cukup canggih masa tue tapi pakai aerial tulang ikan. Siaran memang tidak clear, berbarik-bariklah kato orang tuo. Yang kedua, Akademi Fantasia. Omak dengan adik memujuk-mujuk mintak pasang Astro. Iyolahkan masa tue dalam keluarga KM yang seramai 8 orang, KM dan Ayah yang berkerja. Jadi KM pun pasanglah.

Channel HD Dengan Astro Beyond

Sejak dari mula pakai Astro, entah berapa kali beli remote baru. Bukan yang ori tapi yang di pasar malam tue. Semua remote tue rosak bukan disebabkan barang-barang elektronik didalamnya. Tetapi rosak akibat jatuh, terpijak, dan yang paling teruk dibaling oleh anak-anak buah KM. Pakej Astro yang dilanggan juga entah berapa kali ditukar. Tapi untuk channel 411, 412 dan 413 yang masih kekal sejak dari mula lagi.

Apabila Astro buat promosi Astro Beyond, masa tue hati tidak terbuka lagi nak bertukar ke Astro Beyond sebab tiada motif nak tukar melainkan yang HD tue. Maka bertalu-talulah telefon bimbit N95 KM berdering. Operator Astro dok promote untuk bertukar ke Astro Beyond. Pun masih berkeras juga taknak tukar.

Sebab Utama Bertukar Ke Astro Beyond.

Sejak awal tahun nie, KM dapati ada sesuatu yang menjengkelkan berlaku pada Astro dekoder KM nie. Setiap kali on dekoder Astro, kena tunggu antara 6 hingga 8 minit untuk siaran itu dapat ditonton. Tiap kali tutup dekoder Astro macam tuelah jadinya. KM pernah buat complain kepada astro. Mereka menyatakan dekoder Astro KM tue dah lama. Untuk menyelesaikan masalah itu mereka cadangkan KM bertukar ke Astro Beyond. Tidak tahulah apa sebenarnya yang berlaku. Adakah ini satu konspirasi. Huhuhu seramkan.

Dipendekkan cerita akhir bulan Mei lepas KM pun bertukar ke Astro Beyond. Ambil masa 2 minggu jugak baru dipasang. Jadi pada Khamis lepas secara rasminya KM bertukar ke Astro Beyond. Pemasangan percuma aja. Perjanjiannya 1 tahun. Setakat ini puas hati dengan siaran HD yang ditawarkan. Bak kata Omak KM “nampak jerawat eh haa”. Kata Astro channel baru akan ditambah dari masa ke semasa.

Sudahkah korang bertukar ke Astro Beyond.

1,337 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

8 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Mus : Betul tue, nampak betul kewujuddannya
    Kamal Mustafa recently posted…Wordless Wednesday 92 – Pantang MuatMy Profile

  2. Mus
    Twitter:
    says:

    nampak jerawat tu memang tak boleh nak selindung..

  3. suri says:

    sahabat KM tidak kira remote tu jenama apa sekalipun kt yang pasti kalau nama remote tu mmg sah-salah akan jatuh ke tangan org lain bahkan ia akn jatuh ke lantai juga..jadi tak blh salahkan remote gak kena salahkan org juga nghee,,,

  4. suri says:

    teringat saya masa pakai tm 2 tahun lepas ni masuk fasa 3 tahun lebih.sebelum ini line tm ok pastukan mula megong line slow bangat..

    depa call cik nak tambh kelajuan..er..pandai jer depa berniaga yer, yang sedia laju di slowkan…nak suruh org bikin update duit bayk ar tuh pastu depa akan ckp kelebihan bagai..

    tak pun depa akan buat servey bagai er…

  5. suri says:

    haa terjebak gak tu penangan blogger memang terkesan di hati, cewah

  6. suri says:

    jika dah lama melanggan pastu mula ar buat hal.

  7. Kamal Mustafa says:

    @AkuBiomed : Iyo bro Azrin itu pun salah satu sebab jugak untuk bertukar ke Astro Beyond.
    Kamal Mustafa recently posted…Akhirnya Bertukar Ke Astro Beyond.My Profile

  8. akubiomed says:

    Kalau ada tv lcd, led dan plasma rasanya tak puas menonton kononnya. Terjebak juga akhirnya pasang Beyond.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top