Akaun Gmail KM Diceroboh.

Akaun Gmail Diceroboh

Tidak Boleh Login Ke Akaun Gmail.

Semalam risau betul hati KM kerana tidak boleh login akaun Gmail dari Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus KM. Pelik pulak email lain yang KM setup dalam Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus tue ok aje. KM pun tersentap, takkan kena hacked pulak. Ahhh sudah habislah.

Kemudian KM cuba login akaun Gmail guna komputer desktop KM, keluar error macam kat bawah nie.

“This account does not seem to be open in any other location. However, there may be sessions that have not been signed out.”

Bila masa pulak KM login dari tempat lain, setahu KM hanya 2 lokasi aje KM login akaun Gmail. Dari rumah dan Office. KM memang berhati-hati dalam soal nie. Tapi terjadi jugak. Untuk solved masalah nie Gmail mintak masukkan security answer. Masalahnya KM lupa pulak jawapannya. Tapi nak cuba jugak , akhirnya oleh kerana beberapa kali masukan jawapan yang salah Gmail terus sekat. Adoii parah macam nie.

Email recovery Penting Untuk Akaun Gmail

KM pun cubalah beberapa cara yang Gmail suggest untuk recover akaun Gmail KM tue. Tapi hampa. Masalahnya KM lupa pulak alamat email recovery yang KM gunakan masa signup akaun Gmail yang kena sekat tue. Jam menunjukkan pukul 12.05 malam. Esok ajelah cuba lagi kot-kot boleh login semula.

IP Address Israel Ceroboh Akaun Gmail KM

Pagi nie bila KM sampai office, KM cuba login semula ke akaun Gmail yang kena sekat tue. Gmail mintak KM tukar password. Alhamdullilah boleh login. KM terus edit semula security answer, alamat email recovery. Selesai. KM terima email dari Gmail seperti gambar diatas yang mengatakan percubaan login akaun Gmail KM dari Israel. Terperanjat KM. Tapi syukurlah masalah dah selesai.

Tips Elak Akaun Gmail kena Hacked.

Masa KM dok google tentang masalah akaun Gmail nie, ada beberapa tips yang KM dapat antaranya,

1. Gmail senang diceroboh. Jangan guna Gmail untuk urusan online banking, domain, paypal atau ape sajelah yang berkait dgn $$$$. Ada yang mencadangkan pakai yahoomail atau hotmail

2. Jika anda penguna email yang kerap, sentiasa tukar password, mungkin seminggu sekali ke. Sekarang nie 1 orang ada 2, 3 akaun email. Guna program roboForm atau password manager untuk manage password anda.

3. Jangan bukak email yang tidak dikenali samaada link atau attachment. delete je.. (KM rasa inilah puncanya akaun Gmail KM kena hacked)

4. Install antivirus dan pastikan sentiasa active dan update semasa melayari internet.

Pssst : Ada sesiapo yang akaun Gmailnya pernah kena hacked. KM terfikir gak dalam banyak-banyak akaun email kenapalah Israel puako nie hacked Akaun Gmail KM?.

827 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. titan
    Twitter:
    says:

    tukar password selalu.
    titan recently posted…Aku pernah tumbuk budak perempuan cantik..My Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Cikgu Hairul : Iyo, guna proxy server juga salah satu sebab menyumbang kepada masalah nie. Tapi Km tak pernah pun guna proxy server. Itu masaalahnye.

  3. Cikgu Hairul
    Twitter:
    says:

    Kadang2 kalau kita guna proxy server pun berkemungkinan google detact kita guna dari luar negara. Masalah tu biasa berlaku bila office kita menggunakan proxy server. Jgn bukak email di office, buka je di hs kita.
    Cikgu Hairul recently posted…Jangan Buat 8 Perkara Ni Bila Putus Cinta TauMy Profile

  4. Kamal Mustafa says:

    @Jebeng Otai : Mungkin jugaklah tue….

  5. rahman says:

    memang puako israel!!!!!
    rahman recently posted…Pekena asam pedas Bangi di seksyen 7My Profile

  6. mungkin byk maklumat rahsia kot..hehe

  7. akubiomed says:

    Aduhai sakit hati jadinya apabila akaun email cuba di hack.
    akubiomed recently posted…Applikasi Instagram for Chrome untuk peminat tegar kini di ChromeMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top