Akaun Gmail KM Diceroboh.

Akaun Gmail Diceroboh

Tidak Boleh Login Ke Akaun Gmail.

Semalam risau betul hati KM kerana tidak boleh login akaun Gmail dari Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus KM. Pelik pulak email lain yang KM setup dalam Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus tue ok aje. KM pun tersentap, takkan kena hacked pulak. Ahhh sudah habislah.

Kemudian KM cuba login akaun Gmail guna komputer desktop KM, keluar error macam kat bawah nie.

“This account does not seem to be open in any other location. However, there may be sessions that have not been signed out.”

Bila masa pulak KM login dari tempat lain, setahu KM hanya 2 lokasi aje KM login akaun Gmail. Dari rumah dan Office. KM memang berhati-hati dalam soal nie. Tapi terjadi jugak. Untuk solved masalah nie Gmail mintak masukkan security answer. Masalahnya KM lupa pulak jawapannya. Tapi nak cuba jugak , akhirnya oleh kerana beberapa kali masukan jawapan yang salah Gmail terus sekat. Adoii parah macam nie.

Email recovery Penting Untuk Akaun Gmail

KM pun cubalah beberapa cara yang Gmail suggest untuk recover akaun Gmail KM tue. Tapi hampa. Masalahnya KM lupa pulak alamat email recovery yang KM gunakan masa signup akaun Gmail yang kena sekat tue. Jam menunjukkan pukul 12.05 malam. Esok ajelah cuba lagi kot-kot boleh login semula.

IP Address Israel Ceroboh Akaun Gmail KM

Pagi nie bila KM sampai office, KM cuba login ke semua akaun email yang KM ada kot kot ada yang dapat email notification Gmail yang kena sekat tue. Syukur Alhamdullilah salah satu daripada akaun email tersebut KM telah gunakan sebagai email recovery untuk akaun Gmail yang kena sekat tue. Kemudian KM diminta tukar password. Alhamdullilah boleh login seperti biasa. Dalam email yang disekat itu KM terima email dari Gmail seperti gambar diatas yang mengatakan percubaan login akaun Gmail KM dari Israel. Terperanjat KM. Tapi syukurlah masalah dah selesai.

Tips Elak Akaun Gmail kena Hacked.

Masa KM dok google tentang masalah akaun Gmail nie, ada beberapa tips yang KM dapat antaranya,

1. Gmail senang diceroboh. Jangan guna Gmail untuk urusan online banking, domain, paypal atau ape sajelah yang berkait dgn $$$$. Ada yang mencadangkan pakai yahoomail atau hotmail

2. Alamat email recovery amat penting sekiranya berlaku masalah email kena hacked atau lupa password.

3. Jika anda penguna email yang kerap, sentiasa tukar password, mungkin seminggu sekali ke. Sekarang nie 1 orang ada 2, 3 akaun email. Guna program roboForm atau password manager untuk manage password anda.

4. Jangan bukak email yang tidak dikenali samaada link atau attachment. delete je.. (KM rasa inilah puncanya akaun Gmail KM kena hacked)

5. Install antivirus dan pastikan sentiasa active dan update semasa melayari internet.

Pssst : Ada sesiapo yang akaun Gmailnya pernah kena hacked. KM terfikir gak dalam banyak-banyak akaun email kenapalah Israel puako nie hacked Akaun Gmail KM?.

Post ini telah dilihat sebanyak :134

9 thoughts on “Akaun Gmail KM Diceroboh.

  1. Salam..harap sudi membantu.Saya ada masalah tak boleh log in dashboard blog.Terus problem akaun.Dah buat Recovery password dgn google step verification but tak berjaya juga.Macama mane ye cara nak dapatkan blog kita yang lama tu?sbb akaun blog password same with gmail..huhu.Harap dapat bantu..terima kasih atas kerjasama.

  2. @Cikgu Hairul : Iyo, guna proxy server juga salah satu sebab menyumbang kepada masalah nie. Tapi Km tak pernah pun guna proxy server. Itu masaalahnye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge